BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin -
Seorang warga negara Vietnam,
Nguyen Ho Dai Hai telah
dihadapkan ke Mahkamah Majistret
di sini atas satu pertuduhan
dibawah Bab 6 (b) Akta
Pencegahan Rasuah (Penggal 131).
Menurut kenyataan Biro Mencegah
Rasuah hari ini, hasil siasatan
BMR mendapati bahawa tertuduh,
pada 14 Jun 2010 di kawasan
Lebuh Raya Tungku Link, dengan
secara tidak jujur telah memberi
wang suapan berjumlah $30 kepada
seorang anggota Polis Diraja
Brunei sebagai dorongan untuk
tidak mengambil tindakan
terhadapnya atas kesalahan yang
telah dilakukan dubawah Akta
Lalu Lintas (Penggal 68).
Tertuduh mengaku bersalah atas
pertuduhan itu dan Mahkamah
menetapkan 22 Jun untuk
menjatuhi hukuman. Pendakwaan
dilakukan oleh Timbalan
Pendakwaraya Hajah Anifa Haji
Abd Ghani.
media permata