KUALA
BELAIT, Ahad - Unit perisik/operasi dari Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan pada Khamis lalu
menjalankan operasi pemeriksaan rutin di daerah ini dan kawasan
sekitarnya dengan menumpukan sasaran di projek pembinaan pagar di
Jalan Sultan Hashim.
Ketika
serbuan dilakukan, anggota penguat kuasa mendapati salah seorang
pekerja warga asing cuba melarikan diri apabila menyedari akan
kehadiran penguat kuasa berkenaan bagi mengelak dirinya diperiksa
bagaimanapun, warga terbabit dapat ditangkap oleh anggota penguat
kuasa bertugas.
Ketika
diperiksa, warga asing tersebut mengemukakan salinan pasport milik
orang lain dan dia telah ditahan untuk siasatan lanjut.Hasil
pemeriksaan mendapati warga asing berkenaan mempunyai pas melawat
sosial yang telah mansuh sejak 28 Julai 2009.
Warga
asing terbabit semalam telah pun dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan
di bawah Bab 15(1), Akta Imigresen Penggal 17 (lebih tinggal di
negara ini setelah pas imigresen mansuh) dan dijatuhi hukuman
penjara tiga bulan dan tiga kali sebatan.
Bahagian
penguatkuasaan undang-undang dalam kenyataannya akan sentiasa
mengadakan rondaan dan operasi pemeriksaan dari masa ke semasa dan
sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kesalahan di bawah
akta dan peraturan imigresen, boleh menghubungi talian Kuala Belait
3331879, 3341938, Tutong 4221977, Bandar 2383555, 2383777 dan
Temburong 5221222 pada waktu pejabat sahaja dan sebarang maklumat
akan dirahsiakan
Oleh Rafidah Jumat.