MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

Usah percaya SMS palsu  

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Sept - Pasukan Polis Diraja Brunei hari ini menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai maklumat palsu yang disebarkan melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) ketika ini yang menyatakan kononnya terdapat tiga buah kenderaan dengan pendaftaran Negara Brunei Darussalam adalah kereta perompak.

SMS palsu yang tersebar secara meluas itu bagaimanapun tidak menyatakan jenis kenderaan yang dimaksudkan, sebaliknya mendakwa bahawa perompak terbabit bersenjatakan pisau dan telah merompak beberapa buah rumah di sini. Ketua Unit Perhubungan Awam Pasukan Polis Diraja Brunei Darussalam ASP Pg Haji Abd Salam Pg Haji Abd Ghani dalam satu kenyataan di sini berkata, pihak polis kini sedang menyiasat untuk mengesan pengirim asal SMS itu.

Menurut beliau, setakat ini tiada laporan kejadian rompakan seperti yang didakwa dalam SMS itu, yang telah dilaporkan kepada pihak polis atau mana-mana Balai Polis di negara ini.

Pihak Polis juga mengingatkan orang ramai bahawa penyebaran palsu maklumat yang boleh menggugat atau menggemparkan dan menimbulkan kecemasan kepada orang awam, boleh didakwa dan dihukum di bawah undang-undang Negara Brunei Darussalam.

Sehubungan itu beliau menyeru kepada orang ramai yang telah menerima SMS tersebut supaya tidak menghantar atau menyebarkan lagi pesanan itu kerana ia boleh menjadi satu kesalahan jenayah.

Mengikut seksyen 34 Akta Ketenteraman Awam Penggal 148 (Public Order Act, Cap 148) telah menyebutkan antara lain; "Barang siapa sama ada melalui lisan atau tulisan atau apa cara sekalipun telah menyebarkan maklumat palsu atau membuat kenyataan palsu yang boleh menggemparkan atau menimbulkan keadaan cemas (public alarm) kepada awam adalah bersalah dan boleh didakwa dan dihukum penjara sehingga sesuatu tempoh 3 tahun atau denda $3,000)."

 

Media Permata


 



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS

 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer