MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

Tunjukkan mutu kerja yang lebih baik dengan mengekalkan disiplin

 

MUARA, Sabtu, 6 Mac. - Pasukan Polis Cawangan Polis Marin disaran menunjukkan mutu kerja yang lebih baik dengan mengekalkan dan meningkatkan disiplin kerja.


(Foto : Abdul Kadir Md. Tahir)
PEGAWAI Pemerintah Polis Marin, Pemangku Penguasa Kanan Amirrudin bin Haji Junaidi semasa berucap di Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Polis yang telah berkhidmat setahun yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Marin, Muara.


Pegawai Pemerintah Polis Marin, Pemangku Penguasa Kanan, Awang Amirrudin bin Haji Junaidi membuat saranan tersebut semasa Majlis penyampaian Pingat Perkhidmatan Polis yang telah berkhidmat setahun yang bertempat di Ibu Pejabat Polis Marin di sini.

Katanya, sejak beliau ditempatkan di cawangan itu enam bulan lalu para anggota polis Cawangan Polis Marin telah menunjukkan prestasi kerja yang sangat baik dan berharap agar mutu disiplin tersebut terus ditingkatan dari masa ke masa.

"Asas kerja ialah disipiln, dengan adanya disiplin tugas dapat dikerjakan dengan baik selain bertawakal kepada Allah Subhanahu Wata'ala," ujarnya.

Dalam ucapan tersebut, beliau juga menyentuh tentang kerja-kerja rondaan yang telah dilakukan oleh pasukan Polis Marin pada tahun lalu hingga kini khususnya dalam pembanterasan penyeludupan barang-barang tegahan dan jenayah di perairan negara khususnya di sungai-sungai.


(Foto : Abdul Kadir Md. Tahir)
PEGAWAI Pemerintah Polis Marin, Pemangku Penguasa Kanan Amirrudin bin Haji Junaidi semasa menyampaikan Pingat Perkhidmatan Polis yang telah berkhidmat setahun kepada salah seorang anggota polis.

Justeru itu beliau ingin melihat agar perkhidmatan yang dijalankan itu akan lebih berkualiti, di samping meningkatkan usaha dengan lebih teliti dan bukan hanya bagaikan 'melepaskan batuk di tangga'.

Pegawai polis yang menerima pingat perkhidmatan tersebut P/Asp. Awang Haji Mahran bin Haji Ahmad, P/Asp. Awang Md. Fairuze bin Haji Timbang dan PI Abd. Shahrimin bin Abd Rahman.

(Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman)

 

11:04:18

 

10-06-2010



 

ORANG HILANG

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer