MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

Tiga cedera kemalangan di Seria

 

http://mediapermata.com.bn/isnin/31pic19.jpg
Beginilah keadaan dua kereta yang terlibat dalam kemalangan.

http://mediapermata.com.bn/isnin/31pic20.jpg
Anggota paramedik dan bomba memberikan bantuan sementara kepada mangsa.

SERIA, Ahad - Seorang lelaki warga tempatan dan dua wanita rakyat China yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja, cedera dalam satu kemalangan jalan raya di kilometer 13 Seria Bypass, pagi semalam.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 9 pagi dipercayai berpunca dari salah sebuah kereta cuba memotong sebuah kereta lain lalu bertembung dengan kereta yang datang dari arah bertentangan.

Kemalangan itu mengakibatkan kesesakan panjang memandangkan tempat kejadian merupakan laluan dua hala sahaja.

Anggota polis berkejar ke tempat kejadian untuk mengawal lalu lintas manakala Pasukan Bomba dan Penyelamat turut memberikan bantuan mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam salah sebuah kereta terbabit.

Sebuah ambulans dari Klinik Seria dan sebuah lagi dari Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belit dikejarkan ke tempat kejadian untuk memberi bantuan kecemasan sebelum kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Suri Seri Begawan untuk diberi rawatan lanjut.

Oleh Asri Amadi

 



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer