Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksJabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas

​PENGENALAN

Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas adalah Jabatan termuda di dalam Pasukan Polis Diraja Brunel, yang mana dinaiktarafkan dari cawangan kepada sebuah jabatan pada tahun 2004. Tugasan utama JSKLL adalah menerajui urusan lalulintas termasuk kawalan jalanraya, siasatan kesalahan jalanraya, penguatkuasaan undang-undang jalanraya dan penyerahan saman kesalahan trafik serta untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalanraya. Pejabat utama Jabatan Siasatan dan Kawalan Siasatan Lalulintas terletak di Jalan Gadong berdekatan dengan Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei, dan mempunyai satu cawangan terletak di Daerah Belait di Batu Tiga kawasan Jalan Maulana Pandan 7.

 

OPERASI PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG LALULINTAS

Operasi Penguatkuasaan sentiasa dijalankan sepanjang tahun termasuk hari-hari kelepasan awam) dengan bertujuan untuk memberikan kesedaran terhadap orang awam untuk sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi keselamatan kesemua pengguna secara amnya.

 

Operasi dijalankan di jalan-jalan utama termasuk sepanjang Lebuhraya dari Muara hingga Kuala Belait. Operasi sepadu juga turut dilaksanakan beberapa kali setiap tahun bersama dengan agensi-agensi penguatkuasa selain daripada Pasukan Polis Diraja Brunei, dengan menumpukan kesalahan dalam bidang kuasa masing-masing dan sebagai satu platform untuk meningkatkan kerjasama yang erat di antara pelbagai agensi.

 

PENDIDIKAN AWAM & KESEDARAN ORANG RAMAI MENGENAI KESELAMATAN JALANRAYA

Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas giat dalam memperkembangkan keselamatan jalanraya dengan menberikan taklimat kepada orang awam. Dari tahun 2016 hingga 2019 sejumlah 76 pameran kerjaya & keselamatan, taklimat keselamatan jalanraya dan lawatan keselamatan jalanraya telah dikendalikan oleh Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas dalam mana menumpukan dan mengutamakan kepada keselamatan jalanraya serta kesedaran terhadap orang ramai mengenai dengan kesalahan lalulintas yang sering dilakukan oleh pengguna jalanraya yang mana menyumbangkan kepada keselamatan pengguna jalan raya.

 

SEJARAH RINGKAS

 

Tahun 1952

  • Anggota terlatih bagi tugas kawalan lalu lintas apabila dibekalkan dengan dua buah motosikal 'Triumph'.

Tahun 1956

  • Skuad kawalan trafik ditubuhkan di Bandar Brunei (Bandar Seri Begawan).

Tahun 1959

  • Perintah Lalulintas Jalan (Kawasan Dikawal), Perintah Lalulintas Jalan Raya (Kawasan Had) dan Had Laju Peraturan (Pindaan) telah dikemaskini.

Tahun 1967

  • Pindaan kepada Enakmen Lalulintas yang membenarkan Pegawai Kanan Polis untuk mengkompaun mana-mana kesalahan lalulintas yang kecil (minor offences).

Tahun 1971

  • Penubuhan Peronda Lebuh Raya di Negara Brunei Darussalam.

Tahun 1975

  • Penggunaan "Trafik Radar" oleh Unit Trafik untuk mengesan pemandu-pemandu yang memandu melebihi had laju di kawasan yang ditetapkan.

Tahun 1991

  • Penggabungan Patrol Motosikal, Patrol Mobile, Motosikal Pengiring dan Trafik Cawangan Kawalan menjadi Cawangan Lalulintas dan Patrol.

Tahun 1996

  • Menaik-taraf Struktur Organisasi kepada Cawangan Siasatan dan Kawalan Lalulintas.

Tahun 2004

  • Atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan, Cawangan Siasatan dan Kawalan Lalulintas menjadi sebuah Jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas.​

Tahun 2020

  • Penggunaan Terminal Talian untuk pembayaran kesalahan lalulintas diperkenalkan.

 


VISI

Menjadikan Jalan Raya Negara Brunei Darussalam Selamat dan Selesa.


MISI

  • Menguatkuasakan undang - undang dan peraturan Lalulintas Negara Brunei Darussalam​.
  • Menentukan aliran lalulintas berjalan dengan lancar dan selamat
     
  • Memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada Masyarakat.
     
  • Mengekalkan ketenteraman awam dan mencegah jenayah.

  • Mencegah dan mengurangkan kadar kemalangan di Brunei.

  • Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan lalulintas dengan lebih berkesan melalui teknik dan kaedah penguatkuasaan yang dipelbagaikan lagi.

  • Memastikan aliran lalu lintas yang lancar, cekap dan selamat.

  • Memupukkan rasa disiplin di kalangan pengguna-pengguna jalanraya dan mendidik orang ramai, termasuk kanak-kanak sekolah mengenai keselamatan jalanraya.
     
  • Mengekalkan ketenteraman awam dan mencegah jenayah​.


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB​

  • Membuat kawalan lalulintas bagi Keberangkatan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Neagara Brunei Darussalam, KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, ahli Kerabat Diraja.
  • Menyediakan khidmat Pengiring Motosikal bagi orang luar yang berkepentingan (Tetamu KDYMM).
  • Memelihara dan mengekalkan Undang-undang di Negara ini demi ketenteraman awam sejajar dengan peruntukan di bawah Seksyen 7, Akta Pasukan Polis Diraja Brunei, Penggal 50.
  • Menguatkuasakan undang-undang lalulintas di negara ini selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Akta Lalulintas, Penggal 68 serta peraturan-peraturan lalulintas jalanraya yang berkaitan.
  • Mengkaji dan merancang kepelbagaian inisiatif dalam penguatkuasaan lalulintas di dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalanraya di negara ini.
  • Memastikan keadaan lalulintas di Negara ini bergerak lancar terutama sekali di waktu puncak 'peak hours' dengan memberikan penyeliaan kawalan lalulintas.
  • Memastikan pergerakan trafik bergerak lancar dan selamat sewaktu majlis-majlis khas kebangsaan dengan kesulitan yang minimum kepada orang ramai.
  • Melaksanakan rondaan-rondaan penguatkuasaan lalulintas serta pencegahan jenayah di jalanraya dan Lebuhraya serta kawasan-kawasan yang sering berlakunya kemalangan dan kejadian jenayah.
  • Bersedia ke arah kesejahteraan masyarakat 'Community Outreach Services’.
  • Mewakili Pasukan Polis Diraja Brunei di dalam Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya.


HUBUNGI KAMI

Telefon : 2459500 sambungan 453

Emel : pentadbiran.jskll@police.gov.bn