Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksJabatan Siasatan Jenayah

​​​SEJARAH PENUBUHAN


Jabatan Siasatan Jenayah mula ditubuhkan pada tahun 1950 sebagai sebuah Unit yang kecil dalam Pasukan Polis Diraja Brunei. Namun, kewujudan Unit Siasatan Jenayah dilihat begitu penting untuk memenuhi kepentingan masyarakat dan negara. Jabatan Siasatan Jenayah telah berkembang secara berterusan yang mana membawa kepada tertubuhnya Bahagian dan Unit di bawahnya mengikut kepentingan dan keperluan dalam menghadapi berbagai jenis jenayah.


MISI


Untuk Memikul dan Melaksanakan Tanggungjawab Yang Diamanahkan Dalam Menjalankan Penyiasatan Yang Berkesan, Profesional, Sistematik dan Berkualiti Yang Selaras Dengan Peraturan Jenayah dan Undang-undang Negara Brunei Darussalam.


VISI


Ke Arah Siasatan Jenayah Yang Cekap, Profesional dan Berkualiti.


STRUKTUR


Keseluruhan Bahagian dan Unit di bawah Jabatan Siasatan Jenayah adalah seperti berikut:



1 - Bahagian Pentadbiran.


  • ​Unit Pentadbiran Am ( Keanggotaan, Kakitangan Awam dan Aset Jabatan )

  • Unit IP ( Kertas Penyiasatan )


2 - Bahagian Siasatan Jenayah Besar.

  • ​Unit Siasatan Khas
  • Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak
  • Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat
  • Unit Siasatan Pecah Rumah dan Curi Kereta
  • Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia

3 - Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan.

  • Unit IT Forensik
  • Unit Jenayah Siber

4 - Bahagian Siasatan Tempat Kejadian Jenayah.

  • Unit Tempat Kejadian Jenayah
  • Unit Rekod Jenayah dan Cap Jari


OBJEKTIF


Kuasa sepenuhnya diberikan kepada Jabatan Siasatan Jenayah untuk menjaga keamanan dan kestabilan Negara Brunei Darussalam sepertimana yang terkandung dalam Seksyen 7, Akta Pasukan Polis Diraja Brunei, Penggal 50, dengan matlamat untuk :​

  • Mengekalkan Peraturan dan Undang-Undang
  • Mengekalkan Ketenteraman Awam
  • Mencegah dan Mengesan Jenayah
  • Menangkap dan Mendakwa Pesalah serta Mengumpul Perisikan Keselamatan


PERANAN


  • Menguatkuasakan Peraturan dan Undang-Undang Negara Brunei Darussalam
  • Memberikan khidmat kepada masyarakat
  • Mencegah sebarang jenayah yang menggugat ketenteraman awam
  • Menangkap penjenayah
  • Menjalankan siasatan ke atas kes-kes berkaitan jenayah yang salah di sisi Undang-Undang, Peraturan dan Akta


HUBUNGI KAMI​

Emel : rbpf.cid@police.gov.bn​