MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

Serah kepada polis akta terbitan diharamkan

 

http://www.mediapermata.com.bn/rabu/26pic7.jpg
Dayang Norismahfidah menerangkan mengenai akta terbitan-terbitan yang tidak diingini.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa - Mengimport, menerbitkan, menjual, menawar, menyebarkan atau mencetak semula sama ada keseluruhan atau sebahagian isi kandungan terbitan yang dilarang akan dikenakan penjara 3 tahun dan denda $3,000 bagi kesalahan pertama dan untuk kesalahan seterusnya akan dikenakan 4 tahun penjara dan denda $5,000.

Memiliki terbitan yang dilarang tanpa sebarang alasan yang munasabah sama ada keseluruhan atau sebahagiannya pula akan dikenakan penjara satu tahun dan denda $2,000 bagi kesalahan pertama manakala kesalahan seterusnya akan dikenakan penjara 2 tahun dan denda $3,000.

Perkara ini dinyatakan oleh Dayang Norismahfidah Ismail dari Pejabat Peguam Negara pada taklimat beliau dalam Akta Terbitan-Terbitan Yang Tidak Diingini (Penggal 25) hari ini.

Beliau menambah, terbitan yang dilarang di bawah Bab 3 termasuk buku yang diedarkan atau dicetak oleh Abdul Razak Haji Mohamad, Satanic Verses oleh Salman Rushdie dan Pertumbuhan Nasionalisme di Brunei oleh Haji Zaini Haji Ahmad.

Di bawah Bab 5, sesiapa yang menerima apa-apa terbitan sebelum atau selepas adanya perintah larangan, hendaklah menyerahkan terbitan itu kepada pegawai polis yang tidak mempunyai pangkat di bawah inspektor atau kepada pegawai polis yang berkuasa di balai polis dan jika gagal menyerahkannya, boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau denda $2,000.

Sementara itu, di bawah Bab 13 (menggeledah premis atau tempat), katanya pegawai boleh memberi kuasa kepada mana-mana polis yang tidak mempunyai pangkat di bawah inspektor untuk memasuki dan menggeledah mana-mana premis atau tempat jika dia mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai mana-mana terbitan yang boleh menggugat keselamatan dan kepentingan orang ramai dan bagi merampas terbitan yang dijumpai.

Sebarang terbitan lucah yang bukan suatu terbitan yang dilarang dengan mengetahui atau mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai terbitan itu sebagai lucah boleh dikenakan denda tidak melebihi $10,000, penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan di bawah Lucah (Bab 2A), jelasnya.

Oleh Rafidah Jumat

 



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer