|
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)
ditubuhkan sebagai sebuah unit kecil dalam Pasukan Polis Brunei pada
1950. JSJ diperuntukkan dengan kuasa-kuasa sejajar dengan tugas dan
tanggungjawab yang dijalankan seperti yang termaktub di bawah
Seksyen 7 Akta Pasukan Polis Diraja Brunei Bab 50, iaitu:
o Memelihara undang-undang dan perintah;
o Menjaga ketenteraman awam;
o Mencegah dan mengesan jenayah;
o Menangkap dan mendakwa pesalah serta mengumpulkan maklumat
perisikan keselamatan.
Kini JSJ semakin berkembang dan telah membentuk beberapa bahagian
dan unit baru mengikut kepentingan dan keperluan masa kini.
Visi
o Ke arah penyiasatan jenayah yang efisien, professional dan
berkualiti.
Misi
o Mendukung dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dalam
menjalankan penyiasatan yang berkesan, professional, bersistematik
dan berkualiti serta selaras dengan peraturan dan undang-undang
jenayah
Negara Brunei Darussalam
Fungsi dan peranan
o Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan negara;
o Memberikan perkhidmatan kepada masyarakat;
o Mencegah jenayah;
o Membuat tangkapan ;
o Menjalankan siasatan ke atas kes-kes jenayah;
Bagi memastikan kecekapan dan pengawasan yang berkesan maka semua
pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah dikehendaki untuk
mematuhi semua prosedur bagi tugas-tugas dan tanggungjawab yang
dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah seperti yang digariskan
dalam Arahan Tetap yang telah dikeluarkan.
Tiga strategi utama JSJ dalam usaha membasmi jenayah dengan berkesan:
(1) Penubuhan Unit Pengurusan Tempat Kejadian
o Tujuan: Meningkatkan mutu siasatan dari segi kemahiran dan
kecekapan
Keperluan:
o Taklimat, latihan dan kursus penyiasatan dan pengurusan secara
saintifik dan forensik termasuk berkaitan prosedur- prosedur
forensik yang dituntut oleh mahkamah semasa menjalankan siasatan.
o Pelaksanaan pembangunan Pangkalan Data DNA dan lain-lain kemajuan
ICT serta teknologi terkini dalam bidang
forensik bagi mempertingkatkan lagi kecekapan siasatan, pengesanan
dan pencegahan jenayah.
(2) Pencegahan
• Kaedah: Melancarkan serbuan ke atas sasaran jenayah
• Tujuan: Dengan lebih ramai pesalah laku ditangkap dan dihukum,
ianya boleh menggerunkan bakal penjenayah yang akan membawa
penurunan kepada bilangan kes-kes jenayah
(3) Memberi kesedaran kepada orang ramai
o Rasional: Orang ramai boleh banyak membantu mencegah sebarang
jenayah daripada berlaku apabila mereka mengamalkan sikap waspada
dalam penjagaan kepentingan mereka sendiri
Peranan:
o Orang ramai – lebih waspada
o Orang ramai dan polis – Mewujudkan suasana persekitaran yang sihat
supaya kejadian jenayah dapat dihindarkan
|