BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 23 Januari. -
Sambutan
Hari Polis Ke-89 yang bertemakan 'Mengukuhkan Kerjasama Masyarakat
Memerangi Jenayah', disemarakkan lagi dengan acara Pameran, Kempen
Keselamatan Jalan Raya dan Pertunjukan Anti-Keganasan yang
berlangsung di Mercu Tanda Kenangan di ibu negara.
Pelancaran acara yang diungkayahkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei
(PDB) itu telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Polis, Yang
Dimuliakan Pehin Datu Kerma Setia CP Dato Paduka Seri
Zainuddin bin Jalani hari ini.
(Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman)
PESURUHJAYA Polis, Yang Dimuliakan Pehin Datu Kerma Setia CP Dato
Paduka Seri Zainuddin bin Jalani semasa merasmikan pameran sempena
Sambutan Hari Polis Ke-89.
Pameran
yang memaparkan sejarah penubuhan pasukan PDB, unit-unit pasukan
yang terdiri daripada Polis Marin, Jabatan Siasatan dan Kawalan
Lalulintas, Pasukan Gerak Khas, Pasukan Polis Simpanan dan Muzium
Polis bertujuan untuk membina keyakinan orang awam terhadap
perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan serta memberi peluang untuk
mengetahui peranan dan fungsi pasukan berkenaan.
Di
samping itu, ianya juga dihasratkan untuk mengukuhkan lagi kerjasama
antara pasukan PDB dengan masyarakat serta memberi peluang khususnya
kepada golongan belia untuk melihat lebih dekat akan kerjaya sebagai
seorang anggota polis.
Sementara
itu, Kempen Keselamatan Jalan Raya pula bertujuan untuk memberi
kesedaran, pembelajaran dan pengajaran kepada semua lapisan
masyarakat di negara ini mengenai aspek keselamatan jalan raya.
Kempen
tersebut merupakan kesinambungan daripada kempen yang diungkayahkan
oleh Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad (BSP) 'Tell A
Friend' yang dilancarkan di Daerah Belait pada 30 September
2009.
Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman)
PESURUHJAYA Polis, Yang Dimuliakan Pehin Datu Kerma Setia Dato
Paduka Seri Awang Zainuddin mengagihkan risalah-risalah kepada para
pemandu bagi memberi pembelajaran dari aspek keselamatan jalan raya.
Di
pelancaran kempen itu, Yang Dimuliakan juga telah mengagihkan
risalah-risalah kepada para pemandu untuk memberi pembelajaran dari
aspek keselamatan jalan raya kepada semua lapisan masyarakat di
negara ini.
Pertunjukan Anti-Keganasan adalah acara kemuncak yang melibatkan
Pasukan Polis Marin dan Pasukan Gerak Khas memperlihatkan keupayaan
dan kemampuan anggota-anggota dalam menangani apa jua
ancaman-ancaman terhadap negara.
Senario
pertunjukan adalah sedutan daripada senario kejadian sebenar yang
pernah berlaku di perairan rantau ini yang turut dibantu oleh
Tentera Udara Diraja Brunei dan nakhoda dan anak buah kapal MV
Tanjong Kindana dari Jabatan Laut, Kementerian Perhubungan.
(Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman)
PEMANGKU Penolong
Pesuruhjaya Kanan Polis,
Pengiran Haji
Sulaiman
bin
Pengiran
Haji Mohamad semasa menyampaikan ucapan alu-aluan di pelancaran
acara Pameran, Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Pertunjukan
Anti-Keganasan sempena Sambutan Hari Polis Ke-89.
Sungguhpun perairan Negara Brunei Darussalam tidak pernah dilaporkan
dicemari oleh aktiviti-aktiviti lanun, usaha-usaha pasukan PDB dalam
memastikan tahap kebersediaan pasukan polis menangani segala
kemungkinan ancaman serangan lanun di perairan negara sentiasa
diambil perhatian.
Pemangku
Penolong Pesuruhjaya Kanan Polis, Pengiran Haji Sulaiman bin
Pengiran Haji Mohamad dalam ucapan alu-aluannya percaya dengan
adanya acara-acara seumpama itu, ianya akan memberi impak dan kesan
yang lebih jitu kepada masyarakat tentang komitmen Pasukan PDB.
Acara
yang dibukakan untuk kunjungan orang ramai selama empat hari bermula
dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam itu adalah untuk memberi
pendedahan serta keyakinan orang ramai akan kebolehan pasukan PDB
dalam menjaga keamanan dan ketenteraman negara, bangsa dan agama.
(Oleh : Bolhassan Haji Abu Bakar)