MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

Ragut: Seorang wanita mengalami kerugian $5,378   
 

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis – Seorang wanita baru-baru ini menjadi mangsa ragut apabila sampul surat dan beg duit mengandungi wang tunai $5,378 yang dibawanya diragut seseorang tidak dikenali ketika berada di kawasan pejabat Forever Living Product Enterprise di Kompleks Kiarong.

Berhubung kes ini, polis meminta bantuan orang ramai yang terlihat atau mengetahui mengenai kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau ke talian 993.

Polis dalam tempoh tiga hari kebelakangan turut menerima 17 kes curi yang dilaporkan berlaku di tempat berasingan dengan sebahagian barang dilaporkan hilang termasuk kabel elektrik, alat audio dan visual, telefon bimbit, tayar kereta, enjin perahu, tong gas, jam tangan, kamera digital, kotak rokok, besi penutup longkang dan wang tunai.

Berhubung kes curi ini, polis telah memberkas seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun.

Kes lain yang diterima termasuk pukul, bunuh diri membabitkan seorang wanita warga asing, amah lari daripada majikan, menjatuhkan maruah, gangguan melalui sistem perkhidmatan ringkas, buruh, kastam berhubung dengan penjualan minuman keras yang membawa kepada tangkapan dua lelaki tempatan dan penyalahgunaan dadah.

Kes kemalangan dalam tempoh yang sama telah merekodkan sebanyak 34 kes dengan tujuh orang mendapat cedera ringan.

Dua puluh kes membabitkan kemalangan kereta dengan kereta, 13 kemalangan sendiri dan satu kemalangan kereta dengan penunggang motosikal.

Daerah Brunei Muara mencatatkan sebanyak 24 kes kemalangan berlaku diikuti daerah Belait dan daerah Tutong, masing-masing merekodkan lima kes.

Oleh Rafidah Jumat


 



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS

 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer