MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

Premis Cetak Rompak Diserbu

 

http://www.mediapermata.com.bn/khamis/22pic1.jpg
Anggota Polis yang berada di premis perniagaan yang diserbu semalam.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Pengusaha muzik cetak rompak tempatan menerima kejutan hebat semalam apabila anggota-anggota Pasukan Polis Diraja Brunei mengadakan serbuan ke atas premis perniagaan sebuah pengusaha cakera padat cetak rompak terbesar di Brunei di Bandar Seri Begawan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) hari ini, serbuan itu disertai oleh 20 anggota polis yang diketuai oleh Inspektor Zamri merampas peralatan-peralatan yang digunakan bagi kegiatan cetak rompak serta cakera padat cetak rompak.

Dalam serbuan berkenaan, polis merampas sebuah komputer riba, satu unit modem, 12 CPUs, 3 unit Burners yang mampu untuk membuat sebanyak 600 salinan cakera padat cetak rompak sehari, 2 unit scanner, 7 unit colour printer, 1,400 CD-R kosong dan 247 cakera padat cetak rompak.

Antara album yang dipercayai dicetak rompak adalah album-album popular di pasaran pelbagai bahasa yang diterbitkan oleh Universal Music, Rock Records, Sony Music dan Warner Music.

Ketua Pegawai Eksekutif RIM, Tan Ngiap Foo berkata: "Kami menemui sebanyak 52 kedai menjual cakera padat cetak rompak secara terbuka pada 2008. Pada 2009, kami mengeluarkan notis amaran kepada semua mereka dan menyerbu dua lanun cetak rompak yang berdegil."

"Kami percaya serbuan semalam adalah yang terbesar dan adalah lanun muzik cakera padat yang terakhir di Brunei. Kami amat menghargai sokongan dan kerjasama yang dihulurkan kepada industri muzik oleh Pejabat Peguam Negara dan Pasukan Polis Diraja Brunei.

"Kehadiran RIM di Brunei dan penyerahan laporan kepada Polis Diraja Brunei hampir setiap hari, telah membantu untuk membanteras kegiatan cetak rompak muzik di Brunei."

Beliau menambah bahawa RIM akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa Brunei dan akan melancarkan fasa kedua kempen mencegah cetak rompak yang akan memberikan tumpuan kepada cetak rompak digital, mudah alih dan Internet.

"Kami akan bekerjasama dengan kerajaan Brunei untuk menguatkuasakan hak milik ahli-ahli kami dan untuk memerangi kegiatan muat turun dan penjualan muzik haram."

RIM bersama-sama dengan Pejabat Peguam Negara dan Pasukan Polis Diraja Brunei melancarkan kempen mencegah cetak rompak bersama pada 20 Ogos 2009 dengan harapan kempen itu dapat membanteras kegiatan cetak rompak di Brunei.

Ia juga merupakan sebahagian daripada usaha negara untuk menangani masalah yang diketengahkan dalam laporan, 2009 Special 301 Report, di mana Brunei, buat kali pertama disenaraikan dalam Senarai Perhatian (Watch List) cetak rompak. Di bawah Seksyen 204, Perintah Darurat (Hak Milik), 1999, sesiapa yang didapati bersalah bagi kesalahan hak milik yang berhubungan dengan penjualan dan pengedaran muzik cetak rompak boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 2 tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

11:04:15

 

10-06-2010



 

ORANG HILANG

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer