
Bergambar ramai bersama pegawai
penjara ketika lawatan itu.
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin -
Seramai 28 anggota pangkat
rendah Polis Lapangan Terbang
hari ini mengadakan lawatan ke
Penjara Jerudong, dekat sini.
Rombongan diketuai Staf Sarjan
Wanita Hajah Saliah Haji Ibrahim
dan kedatangan mereka
dialu-alukan pegawai Teknologi
Maklumat, Perhubungan Awam dan
Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan
Penjara dan Pegawai Perhubungan
Awam Penjara Jerudong.
Ketika lawatan, mereka diberi
taklimat berhubung fungsi serta
peranan Institusi Penjara
Jerudong serta dibawa melawat
galeri jabatan berkenaan. Dalam
lawatan itu rombongan juga
berkesempatan menyaksikan
demonstrasi perlaksanaan hukuman
sebat rotan
media permata