MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

 

Polis Bangar eratkan silaturahim
 

 


Bergambar kenangan bersama Pegawai Pemerintah Daerah Polis Bangar.

 

TEMBURONG, 8 Sept - Serombongan enam belas orang yang terdiri dari pegawai-pegawai dan anggota pangkat rendah polis Daerah Temburong telah mengadakan kunjungan berhari raya ke rumah-rumah penghulu mukim di daerah ini.

Rombongan diketuai oleh pegawai pemerintah Daerah polis Temburong Supt Pengiran Muhammad Pengiran Haji Metali.

Tujuan kunjungan raya ini adalah bagi mengeratkan lagi tali silaturahim sempena bulan Syawal yang mulia ini. Kunjungan juga diselajurkan dengan perbincangan ke arah meningkatkan hubungan di antara polis khususnya polis Daerah Temburong dengan penghulu mukim dari masa ke semasa bagi menanai kesejahteraan yang sedia ada di antara kedua-dua belah pihak.

Oleh Haji Abdul Hamid Hashim


 



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS

 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer