MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

Perlantikan Jawatankuasa baru Mess Pegawai Polis


GADONG, Rabu, 19 Mei 2010. – Kira-kira 97 orang pegawai-pegawai hadir di Mesyuarat Agong Mes Pegawai kali Ke-40 yang berlangsung di dewan Mes Pegawai Polis, Ibu Pejabat Polis Gadong.

Hadir di mesyuarat tersebut ialah Pesuruhjaya Polis, Yang Dimuliakan Pehin Datu Kerma Setia CP Dato Paduka Seri Zainuddin bin Jalani selaku Yang Di-Pertua Mes Pegawai dengan memulakan mesyuarat itu jam 2.00 petang.

Antara lain agenda di mesyuarat itu adalah bagi melantik jawatankuasa baru Mes Pegawai bagi tahun 2010 – 2011 yang mana perlantikan Pengerusi Mes Pegawai yang baru di pegang oleh Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) Bahrin bin Haji Mohd. Noor.

Di akhir mesyuarat itu diselajuri jamuan ringan bersama Yang Di-Pertua Mes Pegawai dan Pegawai-Pegawai Kanan serta pegawai-pegawai PDB.

 

 



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS


 

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer