MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

Pemeriksaan mengejut di restoran, rumah sewa


 


Anggota penguat kuasa undang-undang menjalankan siasatan ke atas warga asing.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Empat agensi penguatkuasaan undang-undang membabitkan pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Imigresen, Biro Kawalan Narkotik (BKN) dan Bahagian Ugama malam tadi menjalankan pemeriksaan mengejut ke atas rumah sewa dan restoran di kawasan Kampung Masin dan Kampung Pengkalan Batu.

Operasi yang disertai 30 anggota penguat kuasa diketuai oleh Balai Polis Limau Manis yang telah menyasarkan dua lokasi tersebut kerana dipercayai mempunyai jumlah penghuni warga asing yang banyak.

Ketika serbuan dijalankan, dua lelaki warga asing cuba melarikan diri dari disoal-siasat oleh anggota penguat kuasa undang-undang tetapi salah seorang dari mereka berjaya ditangkap dengan seorang lagi sempat melarikan diri.

Hasil siasatan mendapati, lelaki warga Indonesia mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan bersih dari aktiviti penyalahgunaan dadah dan dia akhirnya dibebaskan.

Dalam operasi itu, anggota penguat kuasa turut menahan seorang warga asing kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan yang sah bagaimanapun dibebaskan kemudian apabila majikannya datang menunjukkan dokumen manakala seorang lagi warga asing telah diberi pas khas olah Jabatan Imigresen.

Operasi secara bersepadu ini adalah bagi memastikan tidak ada berlakunya sebarang kesalahan undang-undang dari warga asing di negara ini.

Oleh Rafidah Jumat

 



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer