MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

Pegawai penyiasat diingatkan supaya jauhi rasuah

 

 
(Foto : Hatral Hazmi Abd. Hamid)
TIMBALAN Pesuruhjaya Polis Diraja (Operasi) Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam DCP Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu menyampaikan Sijil Kursus Latihan Penyiasatan Kemalangan Jalan Raya kepada salah seorang peserta kursus.
 

GADONG, Sabtu, 13 Mac 2010. - Sebagai seorang pegawai penyiasat juga akan terdedah kepada anasir-anasir negatif seperti rasuah. Apa yang penting sebagai seorang penyiasat adalah bagi memberikan butir-butir atau maklumat yang betul dan penting.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Diraja (Operasi) Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam, DCP Awang Haji Hasrin bin Haji Sabtu mengatakan perkara tersebut di Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil bagi Kursus Latihan Penyiasatan Kemalangan Jalan Raya di Mess Pegawai Polis, di sini.

Yang Dimuliakan Pehin memberi amaran supaya jangan terlibat dengan rasuah, jangan cuba-cuba menerima rasuah dan jangan kabur mata dengan ganjaran-ganjaran yang berupa wang ringgit atau apa-apa yang boleh memberikan servis, atau keistimewaan untuk keuntungan, kesenangan atau janji demi kepentingan diri sendiri.

Yang Dimuliakan Pehin mengingatkan bagi memastikan bail bond atau surat jaminan yang mengunakan 'cash-bail ' seperti kemalangan yang melibatkan orang asing, supaya pengawai yang bertugas menyerahkan wang tersebut kepada pihak-pihak yang berkenaan seperti disimpan di dalam bank atau pada hari kelepasan awam disimpan oleh OCS.

"Jika tidak ada bank yang buka, wang jaminan tersebut mestilah dihantar ke Jabatan Perbendaharaan dan jangan sekali-kali menyimpan di tempat sendiri," tegasnya.

Menyentuh mengenai penyiasatan kes-kes (EP) Yang Dimuliakan Pehin mengingatkan pegawai atau ketua kepada pasukan pegawai penyiasat supaya mengingatkan anggota-anggota penyiasat yang di bawah jagaan mereka supaya jangan sama sekali melambat-lambatkan kertas penyiasat kes yang dijalankan.

Malah pegawai atau ketua kepada pasukan pegawai penyiasat mestilah mengawasi dan mempastikan setiap kes-kes akan disiasat dengan lengkap dan sempurna, ujarnya.

Yang Dimuliakan Pehin mengingatkan pegawai atau ketua kepada pasukan pegawai penyiasat mestilah sering membantu orang-orang bawahan mereka jika mendapat masalah dengan menyelesaikan apa yang perlu dibantu dengan nasihat-nasihat yang betul.

Yang Dimuliakan Pehin memberi amaran supaya jangan sekali-sekali dibiarkan penyiasat menyimpan kes-kes (EP-EP) dalam masa yang lama disebaliknya mereka mestilah mengetahui berapa lama seorang pegawai penyiasat sudah memegang EP tersebut dan menjelaskan sabarang kelambatan akan menyebabkan banyak masalah.

Yang Dimuliakan Pehin menjelaskan kursus tersebut adalah bagi membantu mengajar serta memberikan panduan yang betul dan professional dalam menjalankan tugas sebagai seorang pegawai penyiasat di bahagian lalu lintas.

Ia juga untuk membantu mengetahui faktor-faktor utama menyebabkan kemalangan dan membuat pelan tempat kemalangan secara yang lebih komprehensif.

Tugas yang dijalankan tersebut adalah sangat mencabar dan memerlukan banyak kesabaran, yang mana para peserta akan menghadapi orang ramai dan masyarakat yang bermacam-macam bangsa serta mempunyai pelbagai ragam.

Yang Dimuliakan Pehin menekankan kepada para peserta sebelum mereka menghadapi orang ramai mereka dimestikan mempunyai disiplin dengan cara menggunakan budi bahasa yang baik dan tidak kasar.

Yang Dimuliakan Pehin juga mengingatkan bahawa tugas mereka adalah bagi menerima laporann dan menjalankan penyiasatan.

Perangai yang baik yang ditujukkan akan banyak membantu tugas mereka sebagai pegawai penyiasat.

 

(Oleh : Ak. Haji Mohd. Zukarnaen Pg. Haji Abu Bakar)

11:04:16

 

10-06-2010



 

ORANG HILANG

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer