MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

Pangsapuri di Beribi terbakar

 


Anggota bomba dan penyelamat yang bertugas untuk memadam dan mengawal kebakaran awal pagi semalam.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa - Orang ramai yang bergegas ke tempat kerja di sekitar kawasan Beribi terkejut dengan kepulan asap hitam yang kelihatan daripada kejadian kebakaran pada sebuah unit rumah di Pangsapuri Pasukan Polis Diraja Brunei, Beribi, pagi ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam satu kenyataan berkata, mereka menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada pukul 7.23 pagi mengejarkan dan tiga jentera dari Balai Bomba Beribi dan sebuah jentera dari Balai Bomba Bandar Seri Begawan ke tempat kejadian.

Lima belas anggota bomba diketuai Pegawai Pemerintah Operasi 'A', Penguasa Kanan Haji Tengah menggunakan empat jet hos dan satu pasukan alat pernafasan bertindak untuk mengawal kebakaran dengan api berjaya dikawal dalam masa 10 minit.

Unit pangsapuri yang terjejas itu didiami sebuah keluarga seramai enam orang dan tidak ada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan. Siasatan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat mempercayai kebakaran itu berpunca daripada penggunaan alat penyambungan sementara yang berlebihan. Anggaran kerugian yang berpunca dari kebakaran itu masih lagi dalam siasatan

Oleh Sim Y H

 



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer