TEMBURONG,
Ahad - Lebih 35 anggota Pasukan Polis Diraja Brunei cawangan Balai
Polis Daerah Temburong menghadiri majlis pengenalan Persatuan Polis
Bersara (POLSARA) bertempat di bilik mesyuarat balai polis berkenaan.
Taklimat
mengenai POLSARA disampaikan oleh Naib Yang Dipertua perslimited
extent of you have a lot when the only within the CIA has given the
elevator atuan itu Pengiran Dato Paduka Haji Salim Pengiran Haji
Wahid Naib.
Majlis
pengenalan itu antara lain bertujuan mempelawa semua peringkat
anggota polis lelaki dan wanita supaya bersama-sama menyertai dan
menyokong persatuan tanpa mengira sama ada mereka sudah menamatkan
perkhidmatan, ditukar atau bertukar ke jabatan kerajaan lain atau
kini bekerja dengan sektor swasta.
Antara
peranan dan tujuan penting POLSARA ditubuhkan ialah bagi sentiasa
mengekalkan taat setia kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam
serta kerajaan Baginda dan juga menghormati undang-undang negara
serta berbakti dengan sejujur-jujurnya, ikhlas, mendukung serta
menjunjung tinggi perkembangan negara dalam bidang agama, ekonomi,
dan juga sosial.
POLSARA
juga boleh membantu ahli persatuan ketika dalam kesusahan dengan
cara menghulurkan bantuan yang terdaya.
Mereka
yang berminat menjadi ahli boleh mengemukakan permohonan kepada
Jawatankuasa Tertinggi (JKT) POLSARA melalui borang khas yang
disediakan untuk dicadangkan dan disokong oleh anggota lain dalam
JKT atau berhubung atau berjumpa terus dengan wakil jawatankuasa
tertinggi cawangan Temburong Haji Abdul Halim Haji Ahmad beralamat
di Kampung Menengah, Jalan Kastam Lama Temburong.