|
Jabatan Perisikan Jenayah (JPJ) ditubuhkan pada 1 Januari 2006.
Sebelum penubuhan, JPJ lebih dikenali sebagai Criminal Intelligence
and Research Branch di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).
Perisikan merupakan darah daging PDB sejak 50an di mana perisikan
membantu operasi dan siasatan polis. Penaikan taraf kepada
peringkat Jabatan menandakan kemajuan setapak dan mencerminkan nilai
dan sumbangan perisikan dalam pengawalan jenayah. Taraf yang
diberikan juga bermakna peranan perisikan diiktiraf sama seperti
siasatan dan operasi bergabung dalam menguatkuasakan undang-undang
negara dengan berkesan.
Rasional utama penubuhan JPJ ialah untuk mempertingkat tahap
profesionalisme Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dan membantu PDB
mencapai objektifnya dengan mengekalkan strategi intelligence-led
policing.
Tugas & tanggungjawab
Antara tugas dan tanggungjawab utama JPJ adalah seperti berikut:-
o Mendapatkan dan menyalurkan maklumat risikan yang pasti
tepat pada waktunya
mengenai penjenayah, individu/kumpulan dan kegiatan
yang disyaki
berbahaya/berunsur jenayah
o Menyediakan dan menyebarkan perangkaan jenayah dan
laporan harian jenayah
o Menyediakan penilaian keselamatan
laporan risikan/kertas kerja mengenai situasi
jenayah, acara rasmi negara, lawatan VVIP
ke NBD dsbnya
o Memantau perkembangan semasa dalam dan luar negara
terutama yang boleh
mengancam keselamatan negara
Pencapaian 2008
Koordinasi berfaedah
JPJ seringkali membantu dalam keberhasilan operasi yang dilakukan
oleh unit-unit dalaman PDB. 2008 mencatatkan antaranya kes-kes
berkaitan rompak, pelacuran, perjudian dan curi berjaya ditumpaskan
berikutan bantuan maklumat dan teknikal daripada JPJ.
Perkembangan penyebaran maklumat
JPJ melangkah rintangan dengan mengembangkan maklumat diperolehi
khusus kepada yang mengetuai dan memutuskan sesuatu perancangan
dalam mengatur strategi pengawalan jenayah di setiap kawasan jagaan
masing-masing. Crime Brief yang disediakan secara bulanan lengkap
dengan analisa bertujuan untuk memaklumkan dan mengemaskini mengenai
keadaan jenayah semasa di setiap daerah polis berpandukan laporan
harian diterima daripada setiap balai polis dan maklumat risikan.
Kerjasama antarabangsa
JPJ menerima kunjungan sambil belajar daripada satu delegasi Pasukan
Polis Hong Kong (HKP) terdiri dari 9 anggota polis berseragam
berlatarbelakangkan perisikan jenayah, narkotik, anti-keganasan dan
kecemasan pada 3 November. Kunjungan berkenaan berjaya mencungkil
tugas dan keupayaan kedua belah pihak dan ianya membantu mengukuhkan
rangkaian perhubungan dan memperjelas hala tujuan kedua belah pihak
dalam mendapatkan bantuan tertentu yang boleh dimanfaatkan.
|