Menandatangani mewakili PDB
Pesuruhjaya PDB, Yang Di-Muliakan Pehin Datu Kerma Setia CP Dato Paduka Seri
Zainuddin bin Jalani sementara PPS diwakili oleh Pesuruhjaya PPS, Dato Seri
Pahlawan Khoo Boon Hui, berlangsung di Empire Hotel and Country Club di sini.
Bidang kerjasama antara lain
termasuk mencegah peningkatan ancaman jenayah transnasional dan pengganasan
yang rumit di samping mengukuh kerjasama dalam bidang-bidang pertukaran
maklumat, menjalankan operasi-operasi yang diselaraskan serta mengukuh dan
menggabungkan rangkaian kerja dan bantuan kerjasama yang sedia ada antara
pasukan polis kedua-dua negara.
Penandatangan pertama perjanjian
seumpamanya pada tahun 2006 telah mewujudkan banyak program latihan terutama
dalam perkembangan kemahiran dan kepakaran bagi pengurusan jenayah terutama
dalam keupayaan forensik bagi para pegawai Pasukan PDB.

PESURUHJAYA Polis, YDM Pehin
Datu Kerma Setia CP Dato Paduka Seri Zainuddin bin Jalani ketika
bertukar-tukar dokumen dengan Pesuruhjaya Polis Singapura, Dato Seri
Pahlawan Khoo Boon Hui di majlis menandatangani Memorandum Persafahaman (MOU)
di antara kedua-dua Negara.
(Foto : Ampuan
Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)
Pembaharuan perjanjian itu
mencerminkan satu lagi kesinambungan kerjasama dua hala yang kukuh yang
sedia wujud sejak bertahun lamanya untuk memastikan keselamatan semua orang
di sempadan kedua-dua negara.
Majlis Penandatangan Memorandum
itu juga bertepatan dengan Mesyuarat Dua Hala kali Ke-4 antara Pasukan Polis
Diraja Brunei dan Pasukan Polis Singapura yang diadakan pada hari dan tempat
yang sama.
Mesyuarat seumpamanya akan menjadi
pemangkin yang berkesan bagi perkongsian lebih baik antara PDB dan PPS di
samping akan mempromosikan penubuhan kerjasama yang baru dan mengukuhkan
yang sedia ada untuk faedah bersama.
(Oleh :
Hezlinawati Haji Abd. Karim)