|
Visi
Jabatan Pentadbiran Am & Kewangan merupakan jentera
penggerak Pasukan Polis Diraja Brunei yang mengendalikan hal ehwal
pengurusan am dari aspek perkembangan sumber tenaga manusia,
kewangan dan program kerjaya seluruh warga Pasukan. Jabatan ini
mempunyai 4 bahagian dibawahnya iaitu;
i) Bahagian Pentadbiran Am & Kewangan
ii) Bahagian Latihan
iii) Bahagian Perancangan Kerjaya &
Keanggotaan
iv) Bahagian Perolehan
v) Pasukan Pancaragam Polis Diraja Brunei
vi) Klinik Perubatan ibu Pejabat PoliS
vi) Muzium Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei
Pentadbiran Am & Kewangan
Mentadbir hal ehwal dan kebajikan warga Pasukan
merupakan tanggungjawab penting yang memerlukan dedikasi dan
komitment yang tinggi oleh pegawai dan anggota Jabatan ini seperti
penyaluran dasar atau maklumat Pasukan, masalah disiplin, permohonan
elaun-elaun dan pengurusan percutian. Bahagian Pentadbiran Am
adalah sinonim dengan kewangan dalam memastikan peruntukkan kewangan
tahunan dibelanjakan mengikuti prosedur kewangan yang telah
ditetapkan.
Jabatan ini telah mula mengunakan Sistem TAFIS (
Treasury Automated Finance Information System) pada tahun 2003.
Sistem ini merupakan inisiatif Kementerian Kewangan, Negara Brunei
Darussalam bagi mempercepatkan proses-proses yang melibatkan
pengurusan kewangan antara Jabatan-jabatan Kerajaan. Ini telah
menyumbang kepada effisiensi pengurusan kewangan Pasukan.
Bahagian Latihan
Bagi menangani perubahan persekitaran globalisasi dan
kehendak masyarakat masakini, jabatan ini menyediakan dan menyelaras
pelbagai jenis latihan bagi meningkatkan kemahiran dan kepakaran
warga Pasukan.
Bahagian Perancangan Kerjaya & Keanggotaan
Dengan skop tugas Pasukan yang luas dan mencabar,
setiap pegawai dan anggota memerlukan perancangan kerjaya yang lebih
kondusif kepada skim perkhidmatan Pasukan bagi merancang
perkembangan kerjaya setiap pegawai dan anggota.
Ke arah ini, Jabatan sedang merangka program
perancangan penggantian atau succession planning yang akan menilai
dan mencadang hala-tuju setiap kerjaya pegawai dan anggota dalam
Pasukan yang sejajar dengan pengalaman, kemahiran dan latihan yang
diperolehi.
Bahagian Perolehan
Bahagian Perolehan akan memastikan semua barangan dan
kelengkapan Pasukan dalam keadaan cukup dan sempurna serta
memantapkan kesemua urusan-urusan pembelian dan perolehan mengikut
prosedur-prosedur kewangan dan proses tender yang telah ditetapkan.
Pencapaian 2008
1. Sistem TAFIS telah membawa perubahan
penting dalam mempercepatkan process kewangan yang mana ianya telah
berjaya mengurangkan birokrasi menangani proses-proses pembelian
serta permohonan yang memerlukan peruntukan kewangan. Pembelian yang
berjaya dilaksanakan dengan bantuan sistem ini ialah : 9 M Bot
Peronda, Water Canon Fire Fighting Crowd Control Vehicle, 15 buah
Motosikal Suzuki SX 750 dan Kenderaan Pacuan 4x4 sebanyak 15 buah.
2. Pada tahun 2007, Bahagian Latihan telah
berjaya membawa program perkembangan kepimpinan yang dikelolakan
oleh National Policing Improvement Agency (NPIA), Bramshill, United
Kingdom ke Negara Brunei Darussalam bagi meningkatkan pengetahuan
dalam bidang kepimpinan di kalangan pegawai-pegawai yang berpangkat
Inspektor ke Penolong Penguasa Polis. Pada tahun 2008, program ini
diadakan sekali lagi untuk pegawai-pegawai yang berpangkat Timbalan
Penguasa Polis ke Penguasa Polis. Program ini akan terus
dilaksanakan di masa akan datang sebagai salah satu usaha Pasukan
dalam meningkatkan kualiti khidmat kepolisan yang berprestasi tinggi.
Di samping itu bahagian ini telah berjaya menghantar
ramai pegawai dan anggota pangkat rendah menjalani kursus di dalam
dan di luar negara di antaranya di Singapura, Australia, Malaysia
dan banyak lagi. Pada tahun 2008 sahaja sebanyak 473 pegawai dan
anggota telah menjalani kursus di dalam negeri manakala seramai 130
pegawai dan anggota yang telah menjalani kursus di luar negara.
|