MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

PDB adakan Majlis Doa Selamat

 Sempena Ulang Tahun Hari Polis Ke-89

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 31 Disember. - Sebagai sebuah pasukan keselamatan yang berwibawa, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) terus berkembang maju sejajar dengan perkembangan semasa sejak ia ditubuhkan pada 1 Januari 1921.

Kini, dalam usianya yang akan mencecah 89 tahun pada 1 Januari 2010, tanggungjawab setiap anggota PBD bukan hanya terhad kepada tugas-tugas kepolisian seperti menjaga keamanan dan ketenteraman serta menguatkuasakan undang-undang, malah sebagai penghubung di antara rakyat dan kerajaan terutama di kawasan luar bandar.


(Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)
PESURUHJAYA Polis, Yang Dimuliakan Pehin Datu Kerma Setia Dato Paduka Seri Awang Zainuddin menyertai warga Pasukan Polis Diraja Brunei menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah sempena ulang tahun Hari Polis Ke-89 di Surau Ibu Pejabat Polis, Gadong.

Sehubungan dengan itu, Majlis Membaca Surah Yaa Siin, tahlil dan doa arwah dan doa selamat sempena Sempena Ulang Tahun Hari Polis Ke-89 telah diadakan di Surau Ibu Pejabat Polis, Gadong.

Hadir di majlis tersebut, Pesuruhjaya Polis, Yang Dimuliakan Pehin Datu Kerma Setia Dato Paduka Seri Awang Zainuddin bin Jalani selaku tetamu kehormat serta warga PDB.

Majlis bermula dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah dan membaca Surah Yaa Siin serta Tahlil yang dipimpin oleh Imam Surau Polis Gadong, Sarjan Mejar Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Mat Tahir.

Tema Sambutan Hari Polis Ke-89 ialah 'Mengukuhkan Kerjasama Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah' yang mana dalam memastikan keamanan dan kemakmuran negara, PDB perlu bertindak pantas apabila menerima aduan orang ramai berkaitan keselamatan seperti rumah didatangi pencuri atau terdapat kelibat-kelibat yang mencurigakan sekaligus dapat mencegah dan menangkap penjenayah yang terlibat.

Seperti yang kita sedia maklum, kejadian-kejadian kecurian, rompakan, pecah rumah dan pembunuhan kini semakin berleluasa di negara ini, ditambah lagi dengan kewujudan anasir atau penjenayah profesional, penjenayah kolar putih dan lain-lain jenayah yang semakin membimbangkan serta mencetuskan kegelisahan mendalam di kalangan rakyat dan penduduk.

Kejadian-kejadian jenayah seumpama itu setentunya mencabar kewibawaan pihak-pihak yang menjaga keamanan, khususnya PDB, di samping juga lain-lain pihak berkuasa.

(Oleh : Bolhassan Haji Abu Bakar dan Wan Mohammad Sahran Wan Ahmadi)

 

     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Jamalul Alam pada tarikh 8  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |

11:04:16

 

10-06-2010



 

ORANG HILANG

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer