MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

Ops Jejak: 31 Pekerja Asing Diperiksa


BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Seramai 31 pekerja asing telah diperiksa oleh Pegawai-pegawai Penguat kuasa Undang-undang Jabatan Buruh dalam operasi 'Ops Jejak' untuk membanteras kegiatan penyalahgunaan kebenaran lesen mengambil dan menggaji pekerja asing yang dikeluarkan oleh jabatan itu.

Operasi yang dijalankan di kawasan Gerai Malam Tamu Selera, Jalan Dato Taib Bandar Seri Begawan pada malam Sabtu itu membabitkan sembilan pegawai penguat kuasa diketuai oleh Penolong Pesuruhjaya Buruh.

Menurut kenyataan Jabatan Buruh hari ini, dalam operasi yang tersebut, lebih daripada 20 gerai makan telah diperiksa untuk memastikan kedudukan pekerja-pekerja asing yang bekerja di tempat tersebut.

"Seramai 31 orang pekerja asing telah diperiksa dan disoal siasat sepanjang operasi tersebut, hasil daripadanya sebanyak 4 kesalahan didapati yang mana ada di antara majikan dipercayai menyalahgunakan kebenaran Lesen yang telah diberikan dengan membenarkan pekerja-pekerjanya melakukan pekerjaan yang bertentangan dengan kebenaran yang telah diberikan seperti pekerja amah, tukang kebun, pemandu persendirian dijadikan sebagai pelayan atau pembantu di gerai berkenaan."

Perkara ini adalah menyalahi dan bertentangan dengan Kebenaran Lesen Mengambil Dan Menggaji Pekerja Asing Yang dikeluarkan Oleh Jabatan Buruh.

Keterangan diri pekerja dan majikan yang terbabit telah diambil untuk siasatan dan tindakan Jabatan selanjutnya. Jika didapati salah tindakan yang sewajarnya akan diambil termasuklah membatalkan atau menarik balik Lesen Mengambil Dan Menggaji Pekerja Asing yang telah diberikan kepada majikan berkenaan.

Sehubungan itu Jabatan Buruh memberi Peringatan kepada orang ramai atau majikan-majikan supaya tidak menyalahgunakan kebenaran lesen Buruh .

Bagi kesalahan mengambil dan menggaji pekerja asing tanpa kebenaran Pesuruhjaya Buruh boleh diambil tindakan dibawah Bab 112 (2) Perintah Pekerjaan 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda Tidak kurang dari $6000.00 dan tidak lebih dari $10,000.00, penjara tidak kurang dari 6 bulan atau tidak lebih dari 3 tahun atau kedua duanya sekali. Sebarang maklumat mengenai kesalahan perburuhan orang ramai bolehlah menghubungi Hotline Enforcement 2381848.

media permata


 



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer