MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA


Ops Cekap 93/2010
periksa 40 warga asing
.
 


 http://www.mediapermata.com.bn/khamis/17pic16.jpg
Antara barang-barang yang dijumpai dari hasil pengeladahan operasi tersebut.

 

KUALA BELAIT, Rabu - Seramai 40 orang warga asing diperiksa dalam "Ops Cekap 93/2010" yang disasarkan ke atas beberapa rumah sewa dan tempat tinggal pekerja di kawasan Kampung Telisai, kampung Sungai Liang dan Kampung Mumong di sini.

Operasi membabitkan seramai lapan pegawai Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Kuala Belait dan diketuai Pegawai Imigresen Kanan itu bermula pada pukul 9.00 malam semalam dan berakhir tiga jam kemudian.

Empat puluh warga asing berkenaan berasal dari Indonesia, Vietnam, India dan Bangladesh manakala hasil pemeriksaan itu dua warga Indonesia dikeluarkan Pas Khas bagi siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu dalam pemeriksaan ke atas sebuah rumah sewa pekerja di Kampung Mumong, mendapati sebuah kotak dipenuhi dengan rokok melalui celah-celah pintu di salah sebuah bilik berkunci di tingkat bawah rumah sewa terbabit lalu para pegawai Imigresen menghubungi Bahagian Risikan dan Pencegahan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Kuala Belait yang kemudian tiba di lokasi pemeriksaan.

Hasil penggeledahan oleh kedua-dua agensi penguatkuasaan itu menemui sebanyak 70 kartun rokok pelbagai jenama disembunyikan di dalam bilik terbabit.

Pemeriksaan lanjut turut menemui lagi sebanyak 95 kartun dan 9 paket rokok disembunyikan di dalam sebuah kereta di kawasan rumah sewa terbabit. Kesemua rokok (165 kartun dan 9 paket) yang dijumpai didapati tanpa kelulusan dari Jabatan Kastam dan dirampas bagi siasatan dan tindakan lanjut jabatan terbabit.

Sehubungan itu Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Jabatan Imigresen akan senantiasa mengadakan rondaan dan operasi pemeriksaan dari masa ke semasa bagi mengesan dan menangkap mana-mana orang yang melanggar Akta dan Peraturan jabatan.

Bahagian ini juga memohon kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat mengenai pelbagai di bawah Akta dan Peraturan Imigresen dan aktiviti meragukan. Sebarang maklumat berhubung dengan pesalah-pesalah Imigresen, orang ramai bolehlah menghubungi terus talian hotline Kuala Belait 3341938/3331879, BSB 2383555, 2383777, Tutong 4221977 dan Temburong 5221221 & 5221222 (waktu pejabat sahaja). Sebarang maklumat akan dirahsiakan.

 



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer