MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

Operasi bersepadu di Temburong  

 

http://www.mediapermata.com.bn/selasa/25pic22.jpg
Pemeriksaan ke atas salah sebuah kenderaan sedang dilakukan.

http://www.mediapermata.com.bn/selasa/25pic23.jpg
Sekatan jalan raya.

TEMBURONG, Isnin - Pasukan Polis Diraja Brunei Daerah Temburong bersama dua agensi penguat kuasa hari ini mengadakan operasi bersepadu.

Lokasi operasi hari ini bertumpu di kawasan Jalan Ujung Jalan berdekatan dengan turun naik kenderaan yang menggunakan feri Sungai Pandaruan.

Operasi bermula sekitar jam 9 pagi dan berakhir sejam kemudian itu adalah salah satu aktiviti jabatan-jabatan berkenaan sebagai langkah awal dalam mengingatkan orang ramai untuk tidak sewenang-wenangnya membawa keluar dan masuk barang yang dicegah, seperti daging dan ayam dibawa masuk ke negara ini tanpa permit yang sah.

Sepanjang operasi itu, tidak ada sebarang tangkapan dibuat.

Operasi diketuai oleh Inspektor Haji Azmi Haji Abdul Halim dan turut melibatkan Unit Pencegah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Brunei dan Unit Bahagian Kawalan Makanan Halal Daerah Temburong.

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer