Pengenalan

Carta
Peranan & Tanggungjawab
Akta Agensi Keselamatan
Memohon Lesen
Borang-Borang
Membaharui Lesen
Peralatan
Yuran & Bayaran
Agensi Yang Berlesen
Hubungi Kami
Fakta
T.P.O.R
 

 

 
 
 
 

PERANAN BAHAGIAN PERLESENAN AGENSI PENGAWAL KESELAMATAN

Bahagian Perlesenan Agensi Pengawal Keselamatan adalah bertanggungjawab penuh kepada Pegawai Melesen dalam perlaksanaan peruntukan di bawah Akta Agensi Keselamatan, Penggal 187

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

1.         Memastikan tiada sesiapa pun boleh menjalankan perniagaan suatu agensi pengawal keselamatan tanpa lesen yang sah, peruntukan Bab 5(1), [Akta Agensi Keselamatan].

 

2.         Menerima dan memproses setiap permohonan untuk mendapatkan lesen dan membuat sokongan kepada Pegawai Melesen tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan, peruntukan di bawah Bab 6 (1) & (2), Akta Agensi Keselamatan.

 

3.         Memastikan seseorang yang merupakan pemegang suatu lesen agensi pengawal keselamatan hendaklah TIDAK menggaji mana-mana orang sebagai pengawal keselamatan yang telah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah; seperti peruntukan di bawah Bab 11(2) & (3).

 

4.         Memastikan peruntukan di bawah Bab 12 (1) & Bab 13 (1) & (2) dilaksanakan dan dipatuhi oleh semua pemegang-pemegang lesen dan pengawal keselamatan.

 

5.         Menyediakan Borang-Borang Perlesenan dan mengeluarkan syarat-syarat dan peraturan bagi Perlesenan Agensi Pengawal Keselamatan mengikut ketetapan semasa.

 

6.         Mengadakan perjumpaan / bermuzakarah tahunan dengan pemegang-pemegang lesen atau wakil syarikat-syarikat agensi pengawal keselamatan.

 

7.         Membuat lawatan bagi perlaksanaan dan pemantauan khusus untuk menguatkuasa Akta Agensi Keselamatan.

 

8.         Tapisan Jenayah (Polis) dan Keselamatan (Jabatan Keselamatan Dalam Negeri) terhadap pemohon-pemohon lesen dan bakal pengawal keselamatan.

 

9.         Meneliti dan membuat sokongan bagi mendapatkan kebenaran bertulis dari Pegawai Melesen untuk mengeluarkan dan menggunakan peralatan (pakaian seragam dan sebagainya) mengikut peruntukan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Agensi Keselamatan.