Pengenalan

Carta
Peranan & Tanggungjawab
Akta Agensi Keselamatan
Memohon Lesen
Borang-Borang
Membaharui Lesen
Peralatan
Yuran & Bayaran
Agensi Yang Berlesen
Hubungi Kami
Fakta
T.P.O.R
 

 

 
 
 
 

Tatacara Permohonan Peralatan

 

            1.         Pakaian Seragam

 

            2.         Logo dan Lambang

 

            3.         Belantan

 

            4.         Peralatan Perhubungan Radio

 

            5.         Kenderaan

 

1.1.       Pakaian Seragam

 

            1.1.1   Pemohon dikehendaki menyertakan gambar berwarna pakaian seragam yang dimaksudkan (pakaian tersebut haruslah dipakaikan). Gambar mestilah dari sudut hadapan, kanan, kiri dan belakang.

 

            1.1.2.    Pemohon juga dikehendaki menyertakan contoh kain bagi baju dan seluar yang dipohonkan.

 

            1.1.3.  Kombinasi warna pakaian seragam yang dipohonkan mestilah tidak menyamai mana-mana pakaian seragam Pasukan Polis Diraja Brunei dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei atau mana-mana agensi penguatkuasa undang-undang di Negara Brunei Darussalam.

 

            1.1.4.  Jika pakaian seragam dibekalkan bersama tali pinggang, topi, kasut dan sebagainya, pemohon dikehendaki menyertakan gambar berwarna peralatan yang dimaksudkan dengan memakainya seperti dalam para (1). Dan menyertakan gambar peralatan yang dipohonkan dalam muka surat yang berasingan.

 

            1.1.5.   ‘Epaulettes’ dan lencana pangkat menyamai seperti bintang, panji-panji, ‘bars’ dan logo yang digunakan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei adalah tidak dibenarkan untuk digunakan (kecuali mendapat kebenaran bertulis).

 

2.1.       Logo dan Lambang

 

            2.1.1.   Pemohon/syarikat agensi yang berhasrat untuk mengeluarkan logo/lambang sendiri bagi tujuan perniagaan agensi pengawal keselamatan adalah dinasihatkan supaya reka bentuk logo berkenaan bersesuaian dengan perniagaan agensi pengawal keselamatan.

 

            2.1.2.   Pemohon/syarikat yang berhasrat untuk menggunakan logo/lambang hendaklah terlebih dahulu menghadapkan salinan logo/lambang kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk mendapatkan kelulusan dan penggunaan tulisan jawi kepada Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum menghadapkan kepada Pegawai Melesen untuk kebenaran penggunaannya.

 

3.1.       Belantan

 

            Jika pemohon ingin menggunakan peralatan belantan, ianya mestilah mengikut spesifikasi seperti di bawah:

 

            3.1.1.    Diperbuat daripada kayu

 

            3.1.2.    Berat tidak melebihi 180 gram

 

            3.1.3.    Ukuran panjang tidak melebihi 38 cm

 

            3.1.4.    Warna hitam

 

            3.1.5.    Gambar berwarna jarak dekat belantan yang dimaksudkan mestilah disertakan sama bagi tujuan penelitian.

 

            3.1.6.    S.O.P (Standard Operation Procedure) penggunaan belantan yang dipohonkan

 

                        ATAU;

 

            3.1.7.    Mana-mana belantan yang telah dibenarkan oleh Pegawai Melesen.

 

4.1.       Peralatan Perhubungan Radio

 

            Jika pemohon ingin menggunakan peralatan radio perhubungan, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa yang melesen peralatan radio perhubungan (AiTi)

 

5.1.       Kenderaan dalam kerja-kerja pengawal keselamatan.

 

           Pemohon hendaklah terlebih dahulu memohon mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Darat, dan kemudian memberikan salinan kelulusan kenderaan tersebut kepada Bahagian Perlesenan Agensi Pengawal Keselamatan bagi kebenaran bertulis dan rujukan.

 

            Pemohon juga dikehendaki menyertakan senarai di bawah:

 

            5.1.1.    Gambar berwarna kenderaan yang dipohonkan (gambar dari setiap sudut).

 

            5.1.2.    Spesifikasi kenderaan yang dipohonkan.

 

            5.1.3.    Tujuan kenderaan yang dipohonkan.

 

            5.1.4.    Senarai anggota yang akan menggunakan kenderaan tersebut.