Pengenalan

Carta
Peranan & Tanggungjawab
Akta Agensi Keselamatan
Memohon Lesen
Borang-Borang
Membaharui Lesen
Peralatan
Yuran & Bayaran
Agensi Yang Berlesen
Hubungi Kami
Fakta
T.P.O.R
 

 

 
 
 
 

PENGENALAN

Bahagian Perlesenan Agensi Pengawal Keselamatan adalah bahagian di dalam Pasukan Polis Diraja Brunei yang dipertanggungjawabkan bagi hal ehwal Perlesenan agensi pengawal keselamatan dengan perlaksanaan dan menguatkuasa Akta Agensi Keselamatan (Penggal 187).

Bahagian ini mula beroperasi pada bulan Jun, 2000 selaras dengan pengenalan Akta Agensi Keselamatan, Penggal 187 dan lantikan Pesuruhjaya Polis selaku Pegawai Melesen menurut kehendak Bab 4 (2), Akta Agensi Keselamatan.

Pada tahun pertama penguatkuasaan Akta Agensi Keselamatan, enam (06) buah syarikat telah dikeluarkan lesen bagi menjalankan perniagaan agensi pengawal keselamatan. Pada amnya syarikat-syarikat yang berkenaan memberikan perkhidmatan pengawal keselamatan dalam kerja melindungi orang-orang dan harta benda.

Pada masa ini, terdapat 20 buah syarikat agensi pengawal keselamatan yang berdaftar dan lebih 2969 orang pengawal keselamatan (2696 lelaki & 263 wanita) yang berkhidmat dalam industri agensi pengawal keselamatan.

 

VISI

Agensi Pengawal Keselamatan Rakansama Memelihara Keamanan

Security Agencies As Partner To Sustain Peace

 

MISI

Untuk Menjadikan Perniagaan Agensi Pengawal Keselamatan Sebuah Industri Yang Berkembang Maju Disamping Menjadi Rakan Dalam Pembenterasan Dan Pencegahan Jenayah di Negara Ini

To Ensure Security Agencies Industry Continuous Growth As Well As Partners in Suppressing And Prevention Of Crime In The Country