Pengenalan

Carta
Peranan & Tanggungjawab
Akta Agensi Keselamatan
Memohon Lesen
Borang-Borang
Membaharui Lesen
Peralatan
Yuran & Bayaran
Agensi Yang Berlesen
Hubungi Kami
Fakta
T.P.O.R
 

 

 
 
 
 

Garispandu Untuk Memohon Lesen Perniagaan Agensi Pengawal Keselamatan

 

Dengan hormat sukacita memaklumkan sebagaimana diperuntukan di bawah Bab 5 (1) Akta Agensi Keselamatan, Penggal 187 tiada sesiapa pun boleh menjalankan perniagaan suatu agensi pengawal keselamatan melainkan jika dia adalah pemegang suatu lesen agensi pengawal keselamatan.

 

Di bawah Bab 5(2), mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi peruntukan Bab 5(1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila sabit kesalahan dikenakan suatu denda yang tidak melebihi dari $10,000 atau dihukum penjara selama suatu tempoh yang tidak melebihi dari 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Tafsiran Bab 2 (2), Akta Agensi Keselamatan

 

Seseorang hendaklah dianggap menjalankan perniagaan suatu agensi pengawal keselamatan jika dia memberi atau mengiklankan atau memberitahu atau menyatakan bahawa dia bersedia memberikan atau dalam apa jua cara pun menawarkan dirinya kepada orang ramai sebagai sanggup memberikan pengawal-pengawal keselamatan untuk melindungi orang-orang atau harta atau mencegah pencurian atau pengambilan harta dengan menyalahi undang-undang bagi atau sebagai balasan sebarang bayaran atau ganjaran lain (sama ada dengan wang atau sebaliknya)

 

1.         Setiap pemohon yang berhasrat untuk mendapatkan lesen bagi menjalankan perniagaan agensi pengawal keselamatan hendaklah terlebih dahulu menghadapkan permohonan bertulis kepada:

 

            Pesuruhjaya Polis

            Pasukan Polis Diraja Brunei

            Ibu Pejabat Polis Gadong, BE 1710

            Bandar Seri Begawan

  UP: Ketua Bahagian Perlesenan Agensi Pengawal Keselamatan

 

2.         Pemohon/syarikat agensi yang mempunyai sijil pendaftaran perniagaan yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam yang dibenarkan memohon lesen perniagaan agensi pengawal keselamatan.

 

3.         Permohonan yang memenuhi syarat 1 & 2 akan diberi (03) salinan Borang A untuk diisi dengan lengkap oleh pemohon dan menghadapkan kepada Bahagian Perlesenan Agensi Pengawal Keselamatan dengan menyertakan dokumen-dokumen pemohon dan orang-orang yang disebutkan dalam Perenggan B (Borang A), jika ada bagi tujuan pendaftaran dan tapisan keselamatan.

 

            3.1.       3 salinan kad pengenalan

 

            3.2.       3 salinan gambar terbaru

 

            3.3.       3 salinan sijil pendaftaran

 

4.        Pemohon/syarikat agensi yang mempunyai rakan kongsi, pengarah, ahli lembaga pengarah atau pegawainya yang memegang jawatan pengurusan atau eksekutif warga asing adalah diperlukan untuk memiliki Siji Bebas Jenayah (Certificate of No Criminal Conviction) daripada negara di mana mereka bermastautin.

 

5.         Pemohon/syarikat agensi adalah juga dikehendaki untuk mengemukakan Kertas Cadangan mengenai perniagaan ini yang antara lain mengandungi maklumat-maklumat seperti berikut untuk diteliti;

 

            5.1.       Butir-butir pemohon :

 

                        5.1.1.    nama dan alamat tetap pemohon dan rakan kongsi, pengarah, jika ada

 

                        5.1.2.    no. kad pengenalan, kerakyatan dan (rakan kongsi, pengarah, jika ada

 

            5.2.       Butir-butir syarikat agensi pengawal keselamatan:

 

                         5.2.1.    nama penuh syarikat agensi keselamatan

 

                         5.2.2.    alamat perniagaan, no. tel/fax  dan cawangan

 

                         5.2.3.    gambar berwarna dalam dan luar pejabat syarikat agensi (papan tanda)

 

                         5.2.4.    nama pegawai yang memegang jawatan pengurusan atau eksekutif

 

                         5.2.5.    struktur organisasi syarikat agensi (carta syarikat agensi)

 

                         5.2.6.    cadangan jenis-jenis perniagaan/perkhidmatan yang ditawarkan

 

                         5.2.7.    sumber kewangan

 

                       Peringatan: Sukacita diingatkan perniagaan agensi pengawal keselamatan adalah terhad kepada perkhidmatan kawalan keselamatan sahaja iaitu perlindungan orang ramai dan hartabenda sahaja dan tidak termasuk penyiasat peribadi (private investigation).

 

            5.3.       Butir-butir kursus/latihan bakal pengawal keselamatan:

 

                        5.3.1.    latarbelakang tenaga pengajar (agensi professional/sekolah

 

                        5.3.2.    latihan atau daripada  pihak  syarikat sendiri) tempoh latihan kursus untuk pengawal keselamatan atau tempoh percubaan sambil berkerja atau menjalani latihan di sekolah latihan pengawal keselamatan atau di agensi professional

 

                        5.3.3.    syllabus pembelajaran dan jenis-jenis  latihan dan kursus

 

            5.4.       Butir-butir jawatan sebagai pengawal keselamatan:

 

                        5.4.1.    syarat-syarat memohon

 

                        5.4.2.    tangga gaji

 

                        5.4.3.    jenis elaun, jika da

 

                        5.4.4.    potongan TAP

 

                        5.4.5.    jumlah pengawal keselamatan (lelaki/wanita), warga tempatan/asing)

 

                        5.4.6.    senarai jawatan/pangkat pengawal keselamatan

 

6.         Cadangan bagi peralatan-peralatan dan kelengkapan pakaian seragam pengawal      keselamatan hendaklah dihadapkan bersama-sama Kertas Cadangan. Syarat-syarat dan peraturan, sila rujuk dalam ruangan Peralatan.

 

7.         Permohonan TIDAK akan diterima / proses selagi syarat-syarat di atas belum dipatuhi (tidak memenuhi syarat-syarat dan peraturan memohon lesen).

 

            7.1.       Adalah dimaklumkan, Pegawai Melesen TIDAK akan memberi lesen jika:-

 

                        7.1.1.    Pemohon telah disabitkan atas sebarang kesalahan yang melibatkan tipuan atau keburukan akhlak atau, jika pemohon adalah suatu syarikat, mana-mana pegawainya yang memegang suatu jawatan pengurusan atau eksekutif telah disabitkan atas sebarang kesalahan yang melibatkan tipuan atau keburukan akhlak sebagaimana diperuntukan di bawah Bab 6(3c), Akta Agensi Keselamatan.

 

                        7.1.2.    Perlu diingatkan, Seseorang yang permohonnya untuk mendapatkan suatu lesen agensi pengawal keselamatan telah ditolak hendaklah tidak mengambil bahagian atau dalam apa jua cara pun terlibat dalam perniagaan suatu agensi pengawal keselamatan sebagaimana diperuntukan di bawah Bab (3), Akta Agensi Keselamatan.