Pengenalan

Carta
Peranan & Tanggungjawab
Akta Agensi Keselamatan
Memohon Lesen
Borang-Borang
Membaharui Lesen
Peralatan
Yuran & Bayaran
Agensi Yang Berlesen
Hubungi Kami
Fakta
T.P.O.R
 

 

 
 
 
 

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN MEMBAHARUI LESEN BAGI MENJALANKAN PERNIAGAAN AGENSI PENGAWAL KESELAMATAN

 

1.         Pemohon mestilah menghadapkan permohonan bertulis untuk membaharui lesen DUA (02) BULAN sebelum tarikh lesen mansuh dengan menyertakan:

 

            1.1.       Laporan terkini mengenai perkembangan perniagaan agensi pengawal keselamatan seperti:

 

                        1.1.1.    Penyata pekerja-pekerja format Borang E. (tekan sini untuk muat turun format Borang E).

 

                        1.1.2.    Senarai nama pelanggan dan tempat-tempat kawalan.

 

                        1.1.3.    Lain-lain maklumat (jika ada)

 

            1.2.       Borang A (3 salinan) yang lengkap diisikan oleh pemegang lesen (pemohon) dengan menyertakan

 

                        1.2.1.   3 salinan kad pengenalan pintar (KPP) pemohon dan orang-orang yang disebutkan dalam perenggan B, Borang A.

 

                        1.2.2.   3 keping gambar terbaru pemohon yang saiz dan bentuknya sesuai untuk passport dan orang-orang yang disebutkan dalam perenggan B, Borang A.

 

                        1.2.3.    3 salinan sijil pendaftaran perniagaan.

 

2.         Permohonan membaharui lesen yang tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan BOLEH menyebabkan permohonan tertangguh (kelewatan proses pengeluaran lesen baru). (Peringatan syarikat agensi yang beroperasi menggunakan lesen yang tamat tempoh/mansuh adalah dianggap BEROPERASI TANPA LESEN YANG SAH).

 

            2.1.       Di bawah Bab 5 (1), tiada sesiapa boleh menjalankan perniagaan suatu agensi pengawal keselamatan tanpa lesen yang sah. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi $10,000 atau dihukum penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.