Pengenalan

Carta
Peranan & Tanggungjawab
Akta Agensi Keselamatan
Memohon Lesen
Borang-Borang
Membaharui Lesen
Peralatan
Yuran & Bayaran
Agensi Yang Berlesen
Hubungi Kami
Fakta
T.P.O.R
 

 

 
 

 

 

BORANG A

 

BORANG PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN LESEN PERNIAGAAN (BORANG A)

 

1.        Pemohon/syarikat agensi yang telah memenuhi syarat-syarat dan peraturan memohon lesen bagi menjalankan perniagaan agensi pengawal keselamatan seperti yang telah ditetapkan akan disokong untuk proses pertimbangan.

 

            1.1.      Borang A (3 salinan) akan diberikan kepada pemohon/agensi keselamatan secara percuma (tanpa bayaran) bertempat di Bahagian Perlesenan Agensi Pengawal Keselamatan, Pejabat Urusetia Pesuruhjaya Polis, Tingkat 1, Bangunan Ibu Pejabat Polis, Gadong Bandar Seri Begawan.

 

2.         Borang A (3 salinan) mestilah diisi dengan lengkap, memberikan semua butir-butir yang betul dan benar dengan membuat tarikh dan tandatangan pemohon.

 

3.         Pemohon hendaklah menyertakan perkara-perkara berikut:

 

            3.1.      Tiga salinan kad pengenalan pintar (KPP) pemohon dan orang-orang yang disebutkan dalam perenggan B, Borang A dan pegawai-pegawai yang memegang jawatan pengurusan atau eksekutif (jika ada).

 

            3.2.      Tiga keping gambar terbaru pemohon yang saiz dan bentuknya sesuai untuk pasport dan orang-orang yang disebutkan dalam perenggan B, Borang A dan pegawai-pegawai yang memegang jawatan pengurusan atau eksekutif (jika ada).

 

            3.3.       Tiga salinan sijil pendaftaran perniagaan.

 

4.         Pemohon/rakan kongsi/ahli lembaga pengarah/pegawai pengurusan atau eksekutif mestilah LULUS tapisan keselamatan untuk layak atau sesuai bagi sokongan dan pertimbangan untuk mendapatkan Lesen Perniagaan Agensi Pengawal Keselamatan.

 

 

BORANG B

 

LESEN BAGI MENJALANKAN PERNIAGAAN AGENSI PENGAWAL KESELAMATAN (BORANG B)

 

1.         Setelah permohonan diluluskan oleh Pegawai Melesen, maka pemohon/syarikat dikehendaki untuk menjelaskan bayaran 500/= bagi bayaran lesen tahunan seperti yang diperuntukan Peraturan 4, Akta Agensi Keselamatan Penggal 187.

 

            1.1.       Bayaran lesen ( $500/-) boleh dibuat kepada:

 

Pegawai Kewangan

Jabatan Pentadbiaran Am dan Kewangan

Tingkat 2, Bangunan Ibu Pejabat Polis Gadong

Bandar Seri Begawan BE 1710

 

            1.2.       Sebaik sahaja pembayaran selesai dibuat, resit pembayaran hendaklah dikemukakan kepada:

 

                        Bahagian Perlesenan Agensi Pengawal Keselamatan

                        Pejabat Urusetia Pesuruhjaya Polis

                        Tingkat 1, Bangunan Ibu Pejabat Polis Gadong

                        Bandar Seri Begawan BE 1710

 

                        bagi proses penyerahan lesen perniagaan agensi pengawal keselamatan.

 

            1.3.     Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah mempamerkan Lesen Perniagaan Borang B atau satu salinan yang diperakui ditempat yang mudah dilihat di pejabat.

 

            1.4.       Bayaran bagi setiap salinan atau penggantian lesen agensi pengawal keselamatan adalah $50/-.

 

            1.5.      Tiap-tiap cawangan perniagaan agensi pengawal keselamatan hendaklah juga mempamerkan Lesen Perniagaan Borang B disetiap cawangan. Lesen-lesen cawangan bolehlah dipohonkan melalui Bahagian Perlesenan Agensi Pengawal Keselamatan dengan disertakan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan bagi cawangan tersebut. Setiap lesen cawangan akan dikenakan bayaran sebanyak $50/-.

 

            1.6.      Di bawah Bab 5 (1) Tiada sesiapa pun boleh menjalankan perniagaan suatu agensi pengawal keselamatan TANPA LESEN yang sah (termasuk lesen perniagaan mansuh). Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi $10,000 atau dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-dua sekali.

 

2.         Di bawah Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Agensi Keselamatan, jika suatu lesen dibatalkan dengan perintah Pegawai Melesen, pemegang lesen itu hendaklah, dalam masa 14 hari dari perintah pembatalan tersebut berkuatkuasa, menyerahkan lesen kepada Pegawai Melesen.    

 

 

BORANG C

 

BORANG PERMOHONAN PENGAWAL KESELAMATAN (BORANG C)

 

Pengemukaan Butir-Butir Diri Oleh Orang Yang Memohon Pekerjaan Sebagai Pengawal Keselamatan (Borang C)

 

1.         Pemegang lesen/syarikat agensi perlulah menghadapkan permohonan bertulis bagi mendapatkan Borang C dengan menyatakan jumlah Borang C yang diperlukan termasuk untuk simpanan.

 

2.         Mana-mana pemohon pekerjaan jawatan sebagai pengawal keselamatan adalah dikehendaki terlebih dahulu mengisi Borang C, mengikut peruntukan Bab 12 (1) bagi tujuan tapisan keselamatan.

           

            2.1.       Dua keping gambar terkini pemohon berukuran pasport dan dilekatkan sebelah atas kanan Borang C.

 

            2.2.       Sekeping salinan Kad Pengenalan pemohon dan ditandatangani olehnya.

 

            2.3.      Jika pemohon adalah warga asing, dikehendaki menyertakan salinan passport, dan salinan Certificate of Good Conduct daripada negara asal pemohon.  

 

3.         Pemohon yang didapati memberikan sebarang penyataan atau butir-butir diri yang TIDAK BETUL adalah melakukan suatu kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan suatu denda yang tidak melebihi dari $5,000/- mengikut peruntukan di bawah Bab 12 (2) Akta Agensi Keselamatan (Penggal 187).

 

4.         Borang-borang C yang telah lengkap diisi bolehlah dihadapkan ke Bahagian Perlesenan Agensi Pengawal Keselamatan bagi tapisan keselamatan.

 

5.         Pemegang lesen/syarikat agensi yang menggaji pengawal-pengawal keselamatan yang mempunyai rekod kesalahan jenayah adalah melakukan kesalahan di bawah Bab 11 (1) (a) Akta Agensi Keselamatan.

 

 

BORANG D

 

KERTAS PENGENALAN (BORANG D)

 

1.         Pemegang lesen/majikan pengawal keselamatan hendaklah memberi dan mengeluarkan Kertas Pengenalan kepada setiap orang-orang yang digajinya sebagai pengawal keselamatan seperti yang diperuntukan di bawah Bab 13 (1) Akta Agensi Keselamatan (Penggal 187).

 

2.         Setiap pengawal keselamatan yang bertugas hendaklah sentiasa membawa dan mempamerkan Kertas Pengenalan mereka.

 

3.         Setiap pengawal keselamatan yang berhenti kerja atau ditamatkan perkhidmatan mestilah menyerahkan Kertas Pengenalan mereka kepada majikannya.

 

4.         Kertas Pengenalan tersebut bertujuan untuk pengenalan sahaja dan tidak memberikan kepadanya kuasa-kuasa seorang pegawai polis.

 

 

 

Untuk muat turun format Kertas Pengenalan tekan sini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk muat turun format Kertas Pengenalan tekan sini.