|
|
|
BERITA |
|
Nasihat Polis Kepada Pemain Kikik
|
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Polis Diraja Brunei hari
ini menasihatkan orang ramai yang bermain layang-layang
atau kikik supaya sentiasa peka terhadap keselamatan
dengan memastikan mereka bermain di kawasan yang lapang
serta selamat.
Polis turut menyeru para ibu bapa supaya memastikan
anak-anak mereka sentiasa dipantau ketika bermain kikik.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis
Diraja Brunei, perkara itu adalah amat penting untuk
memastikan supaya kecuaian dan kelalaian tidak berlaku
yang merupakan punca berlakunya kemalangan. Pihak polis
juga menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak
bermain kikik di kawasan-kawasan berkenaan termasuk
Tapak Perindustrian Lambak 'A', Tanah Lapang Masjid
Perpindahan Lambak Kanan dan Tanah Lapang Kampung
Terunjing.
Pihak Polis memahami bahawa bermain kikik merupakan
kegemaran masyarakat tidak mengira peringkat umur tetapi
larang bermain di kawasan-kawasan berkenaan.
Oleh Sim Y. H.
|
|
|
|
|
|