BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat -
Tiga buah kereta terlibat dalam
satu kemalangan jalan raya yang
berlaku di Simpang 4, lampu lalu
lintas berdekatan Pasar Raya
Soon Lee, Lambak Kanan, di sini,
petang ini.
Tiga anggota bomba bersama-sama
seorang pegawai dan seorang
pemandu diketuai oleh DSO Jasni
berkejar ke tempat kejadian
sejurus selepas menerima
panggilan sekitar pukul 2.20
petang.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh
Jabatan Bomba dan Penyelamat
mengesahkan tiga pemandu
berasingan yang terlibat dalam
kemalangan itu sebagai Awang
Haji Junaidi Abdullah, Dayangku
Mardiana Pengiran Haji Yakub dan
Muhd Zulfadli Awang Ibrahim.
Awang Haji Junaidi dikeluarkan
dari kereta beliau oleh anggota
Bomba dalam masa lima minit dan
kemudiannya dibawa ke Hospital
Raja Isteri Pengiran Anak Saleha
(RIPAS).
Menurut keterangan doktor dari
RIPAS, Po Thaw-Da, menyatakan
Awang Haji Junaidi mendapat
cedera di bahagian tangan dan
belakang sebelah kanan.
Sementara Dayangku Mardiana dan
Muhd Zulfadli tidak mendapat
sebarang kecederaan
Oleh Imelda Farrah Zohre HA