MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

Murid St. Margaret lawat Balai Polis dan Pejabat Pos

 

Bergambar ramai di depan Pejabat Pos Seria Kementerian Perhubungan.

 

SERIA - Seramai 53 orang murid Tahun 2 Sekolah St. Margaret, Seria berpeluang menambah pengetahuan mereka mengenai fungsi dan tugas yang dijalankan oleh para anggota Polis Diraja Brunei semasa mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Polis Seria semalam.

Rombongan lawatan itu diketuai oleh Pengawas Rendah Puan Wang Nyuk Gin dan turut disertai oleh empat orang guru pengiring.

Semasa lawatan tersebut, mereka diberi taklimat dan penerangan mengenai cara-cara menjaga keselamatan di luar jagaan ibu bapa oleh Pegawai Penguasa Balai, Balai Polis Seria iaitu Inspektor Kifli Haji Muhamad Daud.

Sepanjang lawatan tersebut, murid-murid itu juga turut diberikan taklimat mengenai fungsi dan peranan yang dimainkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei.

Selepas kunjungan ke Balai Polis Seria, murid-murid tersebut dibawa pula melawat ke Pejabat Pos Seria, Kementerian Perhubungan untuk mengetahui tugas-tugas dan peranan Pejabat pos di Negara Brunei Darussalam.

Semasa berada di sana, mereka diberikan penerangan ringkas oleh Ketua Pos Master Pejabat Pos Seria iaitu Dayang Nurleha Haji Mohadi.

Seramai 12 orang kakitangan pejabat pos berkenaan turut memberikan penerangan mengenai cara bagaimana surat-surat itu akan di hantar.

Lawatan itu sedikit sebanyak berjaya memberikan pendedahan kepada murid-murid tersebut.

 

               

                

               

 


Oleh Asri Amadi


 



 

ORANG HILANG

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer