MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

Menangani Jenayah Melalui Keupayaan Interpol

 

 

 

 

 

 

PESURUHJAYA Polis Negara Brunei Darusslam Yang Dimuliakan Pehin Datu Kerma Setia CP Dato Paduka Seri Zainuddin bin Jalani bersama delegasi ketika menghadiri Perhimpunan Agung Interpol Sesi Ke 77 sekaligus menyambut ulangtahun ke 85 penubuhan Interpol berlangsung di Republik Russia. Foto : ESHAN POLIS
 

 BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 14 Oktober.- Perhimpunan Agung Interpol sesi ke 77 sekali gus menyambut ulang tahun ke 85 penubuhan Interpol diadakan di Saint Petersburg Russia pada 7 hingga 10 Oktober 2008.

Perhimpunan itu dibuka rasmi oleh Perdana Menteri Persekutuan Russia, Vladimir Putin.

Dalam ucapannya beliau antara lain menekankan mengenai peranan Interpol sebagai sebuah organisasi yang mempunyai keupayaan untuk membanteras jenayah transnasional dan isu penyeludupan dadah.

Sehubungan dengan itu, beliau menegaskan supaya setiap negara ahli menggunakan keupayaan Interpol sepenuhnya sebagai asas mengatasi jenayah-jenayah transnasional ini.

Dengan adanya kerjasama yang erat itu, beliau berharap agar aktibiti-aktibiti jenayah akan dapat dihentikan dan dapat mencapai misi Interpol ke arah keamanan global di abad ke 21 ini.

Perhimpunan Agung kali ini telah membincang dan meluluskan beberapa agenda dan resolusi yang telah dibentangkan untuk meningkatkan kerjasama kualiti penyiasatan dan membanteras kegiatan jenayah seperti menerima permohonan dari State of Vactican City untuk menjadi negara ahli Interpol yang ke 188 di samping meningkatkan kerjasama antarabangsa bagi mengatasi produk perubatan tiruan.

Isu ini telah dibentangkan oleh Pengurus Program bagi 'intellectual Property Tights Project, Interpol Secretariat General' terhadap produk-produk perubatan yang bukan tulen yang boleh memudaratkan kesihatan dan memberikan impak kepada ekonomi pengeluar produk tersebut.

Resolusi itu akan memperketatkan lagi kawalan penggunaannya serta kawalan impot dan ekspot termasuk meningkatkan kesedaran melalui saluran pendidikan terhadap penggunaan produk-produk kesihatan yang bukan tulen dan menggalakkan pendedahan meklumat mengenai orang buruan.

Penolong Pengarah Bahagian 'Fugitive Investigative Support, Interpol Secretariat General' mengusulkan resolusi ini mempertingkatkan perkongsiaan maklumat mengenai orang buruan khusus yang terlibat dalam penyeludupan manusia dan sexsual exploitation kanak-kanak.

Setiap negara ahli akan diarahkan untuk memasukkan data-data orang buruan ke dalam Interpol database untuk dikongsikan dan diambil tindakan oleh negara ahli yang lain.

Resolusi itu juga menggalakkan pendedahan maklumat mengenal orang hilang dan meningkatkan perkongsiaan maklumat mengenai isu keganasan dengan menggunakan teknologi Interpol yang ada.

Ia juga mencadangkan agar setiap negara bertindak lebih proaktif dalam usaha-usaha penyaluran dan perkongsian maklumat tentang isu dan aktibiti keganasan yang berlaku atau yang akan berlaku di samping menubuhkan Unit Interpol Computer Forensic Analysis.

Pengenalan resolusi ini adalah ekoran dari insiden di Colombia di mana beberapa komputer jenis laptop dan hard-drives telah ditinggalkan oleh kumpulan pengganas FARC semasa serbuan dibuat oleh pihak penguatkuasa dan penyiasatan awal yang dijalankan untuk mengetahui isi kandungan laptop dan hard-drives tidak dapat dilaksanakan kerana kurang kepakaran dan prossedur tetap.

Pihak penguatkuasa Colombia memohon bantuan kepakaran Interpol.

Pihak Interpol mengusulkan semua negara ahli diberikan latihan dan kelengakapan agar pegawai pertama yang hadir di tempat kejadian berkebolehan memelihara bahan bukti dan mengeluarkan maklumat-maklumat menggunakan analisis forensik komputer.

Kesemua resolusi itu telah diluluskan oleh semua ahli.

Perhimpunan Agung itu juga mengadakan pemilihan bagi jawatan President Interpol yang dimenangi oleh Dato Seri Pahlawan Khoo Boon Hui, Pesuruhjaya Polis Republik Singapura dengan jumlah undian 75peratus ahli menyokong.

Perhimpunan Agung sesi ke 78 pada thaun depan akan di adakan di Republik Singapura yang akan menetapkan jawatan Vice-President bagi rantau Asia.

Delegasi Pasukan Polis Diraja Brunei yang menghadiri Perhimpunan Agung Interpol sesi ke 78 itu diketuai oleh Yang Dimuliakan Pehin Datu Kerma Setia CP Dato Paduka Seri Zainuddin bin Jalani, Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darusslam bersama Pemangku Penolong Pesuruhjaya Polis, Awang Matamit bin Kanak, Pengarah Siasatan Jenayah, Pemangku Penguasa Kanan Haji Mohammad Don bin Haji Harith dan Penguasa Polis Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

 

petikan daripada: http://www.pelitabrunei.gov.bn

 

11:04:09

 

10-06-2010



 

ORANG HILANG

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer