MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

Maut kereta bertembung treler minyak

 


Kereta mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Tutong menuju ke tempat bekerja di Kuala Belait remuk teruk dalam kemalangan itu.

SERIA, Jumaat - Seorang lelaki warga tempatan maut setelah kereta yang dipandunya dipercayai bertembung dengan sebuah kenderaan pengangkutan minyak jenis treler dalam kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku awal pagi tadi dekat sini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 4:00 pagi di kawasan kilometer 28 Jalan Seria Tutong itu, mangsa yang berusia 21 tahun dan masih bujang, penduduk dari Kampung Tanjung Maya daerah Tutong memandu kenderaan jenis salon dilaporkan dalam perjalanan dari Tutong menuju ke Kuala Belait.

Mangsa dikatakan bekerja sebagai pengawal keselamatan di salah sebuah syarikat tempatan dan semasa kejadian mangsa dalam perjalanan hendak menuju ke tempat bekerja.

Polis Sungai Liang menyatakan menerima panggilan kecemasan melalui talian 993 mengenai kejadian tersebut pada kira-kira pukul 4:19 pagi.

Dalam kejadian itu kereta yang dipandu mangsa dipercayai bertembung dengan sebuah kenderaan jenis treler pengangkutan minyak yang dipandu oleh lelaki warga Indonesia dan dalam perjalanan dari Kuala Belait menuju ke Bandar Seri Begawan.

Bagaimanapun pemandu kenderaan pengangkutan minyak berusia 53 tahun itu dilaporkan tidak mendapat sebarang kecederaan akibat nahas itu.

Polis bagaimanapun menyatakan masih menyiasat kejadian sebenar manakala mangsa yang dikejarkan ke Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan.

Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat pula melaporkan ketika sampai di tempat kejadian lapan anggota jabatan berkenaan membantu mengeluarkan mangsa yang dikatakan tidak sedarkan diri dari dalam keretanya, kemudian dikejarkan oleh ambulans ke Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait.

Pihak bomba menyatakan menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 4:30 pagi dan mengejarkan anggotanya ke tempat kejadian dengan diketuai timbalan pegawai Bomba Lee Ah Seng.

 

Oleh Hajah Saemah Zulkefli

 

     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Jamalul Alam pada tarikh 8  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |

11:04:17

 

10-06-2010



 

ORANG HILANG

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer