MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

Lelaki didenda $150 kerana merokok  

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Seorang penduduk tetap telah didenda $150 oleh Unit Penguat kuasa Bahagian Kawalan Tembakau Kementerian Kesihatan kerana didapati merokok di tempat yang ditegah merokok.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan di sini, lelaki itu didapati merokok di kawasan awam di luar sebuah kedai di sebuah pusat komersial di ibu negara. Dia merupakan orang ketiga didenda kerana merokok di tempat yang dilarang merokok setakat ini.

Kementerian Kesihatan sekali lagi mengingatkan orang ramai bahawa merokok di tempat-tempat yang ditegah merokok adalah satu kesalahan di bawah Perintah Tembakau 2005 dan Peraturan-peraturannya 2007.

Sesiapa yang didapati bersalah boleh dikenakan denda kompaun tidak melebihi $500 atau didakwa di mahkamah. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi $1,000.

Antara kawasan awam yang ditegah merokok termasuklah kaki-kaki lima kedai dan pusat membeli belah, pasar-pasar, gerai-gerai tamu, stesen-stesen dan perhentian-perhentian bas, restoran-restoran dan kedai-kedai makan serta bangunan-bangunan kerajaan.

media permata

 



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer