MUKA DEPAN

PENTADBIRAN

LOGISTIK

GERAKAN

LALULINTAS

SIASATAN

PERISIKAN

 
 
 

Visi 
 

Dalam memastikan kesempurnaan melaksanakan tugas bagi semua pegawai dan anggota PDB Jabatan Logistik merupakan jabatan yang bertanggungjawab dalam penyediaan dan pemeliharaan aset, peralatan serta kelengkapan am Pasukan. Peranan utama jabatan ini juga memberikan khidmat keperluan dan bantuan teknikal yang efisyen dan kos efektif.

 

Jabatan Logistik juga diamanahkan untuk mendokong perlaksanaan dan pembangunan infrastruktur Pasukan bagi merealisasikan perancangan masa depan agar ianya dapat dicapai.

 

Ke arah ini Jabatan telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan projek-projek untuk dimasukkan dalam Projek Rancangan Kemajuan Negara (RKN), Brunei Darussalam.

 

Jabatan ini terbahagi kepada tujuh bahagian;-

 

i.     Bahagian Kuartermaster

 

ii.    Bahagian Perhubungan

 

iii.   Bahagian Pemeliharaan Elektrik dan Peralatan Keselamatan  Lapangan Terbang

 

iv.    Bahagian Persenjataan

 

v.     Bahagian Pentadbiran

 

vi.    Bahagian Bengkel dan Kenderaan

 

vii.   Bahagian Bangunan
 

 

Pencapaian

 

Kenderaan

 

2008 menyaksikan pemilikan 29 buah kenderaan dibahagikan antara daerah polis dan unit-unit

serta 61 buah motosikal bagi kegunaan JSKLL.

 

Kenderaan Anti Rusuhan (Water Cannon Vehicle): Pasukan berjaya memiliki kenderaan anti-rusuhan yang mempunyai reka bentuk dan teknikal aspek yang dinamik yang memudahkan pengendalian disamping keupayaan teknologi yang tinggi  seperti dilengkapi dengan “two roof mounted water cannons” bagi persediaan menangani sebarang insiden

 

“Scan Van”: ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas dan juga di tempat-tempat yang strategik
 

“X-ray Machine” dan “Walk through Metal Detector”

 

9 mesin X-Ray dan 9 walkthrough metal detector dibekalkan ke beberapa Unit dalam Pasukan.

 

Perumahan / Bangunan polis

 

Beberapa projek menaiktaraf bangunan-bangunan dalam Pasukan telah dan sedang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.