|
Kearah
menjadikan jalanraya Negara Brunei Darussalam selamat
dan selesa, Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas (JSKLL)
memainkan peranan dalam menguatkuasakan undang-undang dan peraturan
jalan raya bagi memastikan aliran lalulintas berjalan dengan lancar.
Dalam usaha menurunkan kadar kemalangan dan pesalah
jalanraya JSKLL telah mengambil beberapa langkah dalam mengekalkan
keselamatan jalanraya seperti melaksanakan tangkapan laju (Lari
Deras), sekatan jalanraya berkala, menjalankan tindakan ke atas
kesalahan-kesalahan lalulintas yang boleh dikompaun, menyiasat
kes-kes saman dan menghadapkan pesalah ke mahkamah serta membuat
rondaan lebuhraya.
Ke arah memberikan perkhidmatan kepada masyarakat
pengawalan lalulintas disimpang-simpang jalan, kawasan-kawasan
sekolah, dan lokasi tertentu sentiasa dijalankan. Bagi acara-acara
rasmi tugas tambahan JSKLL adalah menyediakan pengiring motorsikal
bagi orang-orang kenamaan ( VVIP ) dalam dan luar Negara serta
lain-lain tugas pengiringan.
Pencapaian 2008
Pada tahun 2008, JSKLL telah pun meningkatkan usaha
penguatkuasaan dengan mengadakan sebanyak 196 operasi yang mana ia
juga melibatkan operasi sepadu bersama agensi-agensi penguatkuasaan
yang lain. Selain dari operasi, kawalan-kawalan lalu lintas dan
perkhidmatan eskot juga di buat.
Dalam tahun yang sama sebanyak 9962 kompaun telah di
keluarkan berbanding sebanyak 7,568 kompaun pada tahun 2007,
peningkatan sebanyak 31%. Jumlah kenderaan yang
diimobilisasikan juga meningkat daripada 150 kes pada 2007 ke 185
kes di tahun 2008, peningkatan sebanyak 23%. Bagi saman, sebanyak
2122 telah di keluarkan pada tahun 2008 berbanding 1596 dikeluarkan
pada tahun 2007, peningkatan sebanyak 32%.
Kesedaran masyarakat mengenai Keselamatan Jalan Raya
JSKLL sentiasa mengunakan cara pendidikan ,penguatkuasaan
dan legislasi untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, yang mana
akan terus di implimentasikan tahun ini, antara yang telah di buat
pada tahun 2008 adalah seperti berikut:-
• Meningkatkan penguatkuasaan dan penguatkuasaan
secara sasaran
•Banyak sekatan jalan raya pada siang dan malam telah
dibuat terutama pada hari kelepasan awam.Bagi membantu menurunkan
kadar kemalangan jalanraya salah satu usaha penguatkuasaan secara
sasaran adalah lebih fokus kepada kesalahan lari deras, memandu
dengan tidak memakai tali pinggang keledar, menggunakan telefon
bimbit semasa memandu, pelanggaran lampu merah dan membuat pusing
balik yang dilarang.
•Pendidikan orang ramai
•JSKLL telah mengadakan sebanyak 24 pameran
keselamatan jalan raya pada tahun 2008 termasuk pameran di Pusat
Persidangan Antarabangsa,masjid-masjid dan kompleks perniagaan
Disamping itu JSKLL juga banyak menerima lawatan sambil belajar dari
institusi-institusi pendidikan dan agensi kerajaan dan bukan
kerajaan.
|