MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

 

Kes tipu $6,000 melalui transaksi bank
 

 

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Polis dalam tujuh hari kebelakangan menerima dua kes tipu dengan salah satu daripadanya membabitkan seorang mangsa yang menyerahkan wang berjumlah $6,000 melalui transaksi bank apabila diperdayakan oleh seseorang melalui e-mel.


Polis turut menerima satu kes rogol membabitkan mangsa seorang remaja berusia 13 tahun dan berhubung kes ini, polis telah memberkas seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun untuk disoal-siasat.


Sebanyak 41 kes curi dicatatkan berlaku di tempat berasingan dengan sebahagian barang yang dilaporkan hilang termasuk barang kemas, dokumen penting, alat penghawa dingin, telefon bimbit, jam tangan, komputer riba, kamera, kabel elektrik dan wang tunai.


Kes lain yang diterima termasuk menghalang anggota polis daripada menjalankan tugas, pukul, wang dikeluarkan melalui ATM tanpa pengetahuan pemiliknya, rosak barang, menyalahgunakan wang syarikat, tapak tanah digunakan tanpa pengetahuan pemiliknya dan pekerja lari dari majikan.


Kesalahan di bawah akta pula membabitkan Akta Buruh (gaji tidak dibayar), Akta Kastam (menjual dan membeli minuman keras), Akta Imigresen dan Akta Dadah.


Sebanyak 48 kes kemalangan direkodkan dengan enam orang mendapat cedera ringan dalam tempoh empat hari kebelakangan.


Dari jumlah ini, 25 kes melibatkan kemalangan kereta dengan kereta dan 23 kemalangan sendiri dengan daerah Brunei Muara mencatatkan 32 kes dan daerah Belait dan Tutong, masing-masing merekodkan lapan kes.

 

 

Oleh Rafidah Jumat


 



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS

 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer