MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

Kes curi paling banyak berlaku

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Dalam tempoh tiga hari kebelakangan, polis telah menerima 13 kes curi yang berlaku di tempat berasingan dengan tiga tangkapan telah dibuat.

Polis turut menerima laporan waran tangkap berhubung dengan hutang, pecah amanah dengan tangkapan seorang perempuan tempatan untuk siasatan, menceroboh (seorang wanita warga asing ditahan), kes curi orang gaji yang membawa tangkapan seorang perempuan warga tempatan dan seorang lelaki warga asing, wang dikeluarkan melalui ATM tanpa pengetahuan pemiliknya, pembantu rumah lari dari majikan dan penemuan mayat di pantai Jerudong.

Kesalahan di bawah akta pula membabitkan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis dengan tangkapan seorang lelaki warga asing, Akta Penyalahgunaan Dadah dengan tangkapan lima lelaki warga tempatan dan Akta Imigresen dengan tangkapan dua lelaki dan lima wanita warga asing.

Dalam tempoh yang sama, polis telah mencatatkan sebanyak 21 kes kemalangan dengan tiga orang mendapat cedera ringan.

Sebanyak 13 kes melibatkan kemalangan kereta dengan kereta, enam kemalangan sendiri dan dua kes, masing-masing kemalangan kereta dengan pejalan kaki dan kemalangan sendiri motosikal.

Daerah Brunei dan Muara merekodkan 13 kes, daerah Belait lima kes dan daerah Tutong (3).

Oleh Rafidah Jumat

 


 



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS


 

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer