MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA


Curi Gaharu Antara Kes Seminggu Polis


 

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Kamera digital, komputer, komputer riba, mesin sikut, telefon bimbit, kabel elektrik, besi longkang, barang kemas, dokumen penting dan wang tunai $350 adalah sebahagian barang yang dilaporkan hilang dalam 15 kes curi dalam tempoh empat hari kebelakangan.

Polis turut menerima laporan pemeriksaan perahu oleh polis marin, curi kabel dengan tangkapan seorang lelaki warga asing, waran tangkap ke atas seorang lelaki dan seorang wanita tempatan.

Laporan lain yang turut diterima ialah mengenai kebakaran, mencuri kayu gaharu dengan tangkapan dua lelaki, rosak barang, pukul (tangkapan tiga lelaki tempatan untuk siasatan), wang dikeluarkan tanpa pengetahuan pemiliknya, penggunaan kad kredit tanpa pengetahuan pemiliknya, pembantu rumah lari dari majikan dan keluar rumah.

Laporan di bawah akta pula melibatkan Akta Buruh (gaji tidak dibayar), dua kesalahan di bawah Akta Judi, masing-masing tangkapan dua wanita dan 11 lelaki tempatan untuk siasatan dan tangkapan seorang lelaki tempatan, Akta Pelacuran (tangkapan tiga perempuan warga asing), Akta Majlis Ugama Islam (tangkapan sepasang warga tempatan), Akta Penyalahgunaan Dadah dengan tangkapan seorang lelaki tempatan, Akta Kastam berhubung dengan penyeludupan beras wangi dan minuman keras dan Akta Imigresen (tangkapan tiga wanita warga asing).

Sementara itu, 34 kes kemalangan dilaporkan dalam tempoh yang sama dengan tujuh orang mendapat cedera ringan.

Sebanyak 19 darinya melibatkan kemalangan kereta dengan kereta, 14 kemalangan sendiri dan satu kemalangan sendiri motosikal.

Dearah Brunei dan Mura merekodkan 22 kes diikuti daerah Belait sebanyak lapan kes, Tutong (3) dan Temburong (1).

 
Oleh Rafidah Jumat.


 



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer