Kenderaan malang tersebut
terbabas ke kawasan semak berdekatan jalan raya.
KUALA BELAIT, Selasa - Seorang pemandu hari ini terselamat daripada
sebarang kecederaan apabila lori pengangkut tanah yang dipandunya
terbabas dan merempuh semak berdekatan jalan raya di Seria-Lumut
Bypass.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.50 petang telah menyebabkan
lori itu mengalami kerosakan di bahagian depan.
Polis peronda yang kebetulan sedang membuat rondaan di kawasan
berkenaan segera memberi bantuan kepada pemandu tersebut dan
seterusnya mengawal lalu lintas bagi mengelakkan kejadian yang tidak
diingini berlaku.
Pemandu warga Indonesia yang masih lagi terkejut dengan kejadian itu
memberitahu bahawa beliau sedang dalam perjalanan dari Seria menuju
ke daerah Tutong untuk urusan kerja.
Menurutnya, secara tiba-tiba tayar hadapan sebelah kiri kenderaan
tersebut meletup dan beliau hilang kawalan yang menyebabkan
kenderaan itu merempuh semak berdekatan jalan.