MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA


Jawatankuasa Penipuan Bank Ditubuh


 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa - Bank Hong Kong and Shanghai melalui Persatuan Bank Brunei (BAB) telah memlapori menubuhkan jawatankuasa penipuan yang pertama seumpamanya iaitu Jawatankuasa Penipuan BAB.

Ia adalah ekoran bertambahnya trend penipuan yang terjadi bukan sahaja di Brunei tetapi juga di rantau ini. Jawatankuasa baru itu akan dianggotai oleh wakil dari semua ahli BAB dan TAIB dan mereka akan berkongsi sertai memfokuskan bagi mencari penyelesaian terhadap penipuan kewangan yang memberi impak kepada industri perbankan dan juga pengguna.

Menurut kenyataan HSBC di sini, meskipun terdapat kerjasama yang berterusan di kalangan ahli-ahli perbankan berhubung isu-isu berkepentingan bersama, namun soal jenayah kewangan dan penipuan tidak begitu mendapat perhatian pada masa-masa lalu.

Dalam usaha ini juga, Biro Anti Rasuah, Pasukan Polis Diraja Brunei, Dewan Peguam Negara dan Kementerian Kewangan telah memberikan sokongan penuh dan bimbingan selain bertindak sebagai ahli jawatankuasa penasihat.

Perjumpaan pertama telah diadakan pada bulan Mac bagi membincangkan objektif jawatankuasa dan rangkaian dengan beberapa institusi dan perjumpaan seterusnya akan diadakan secara empat bulan sekali di mana inisiatif-inisiatif tindakan akan dilaksana.

Menurut Pengurus Penipuan dan Keselamatan HSBC Dexter Keasberry, jawatankuasa ini menyediakan platform cemerlang bagi membincangkan dan mengemas kini perkara-perkara berkaitan jenayah kewangan dan penipuan yang semakin meningkat bukan saja di Brunei malah di rantau ini.

"Secara asasnya matlamat penubuhan jawatankuasa ini ialah untuk mempromosikan kesedaran terhadap penipuan di kalangan industri perbankan dan juga orang ramai, berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam mengesan dan juga meningkatkan kompetensi kakitangan perbankan terhadap penipuan.

"Pewujudan hubungan kerja yang rapat dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang dan seterusnya membuat laporan secara efektif juga merupakan kunci utama kepada kejayaan jawatankuasa itu," jelas beliau.

Menurut Keasberry, dengan pelaksanaan garis panduan baru bagi kad kredit, pengguna boleh bertindak dengan cara-cara terdesak dalam usaha mendapatkan dana tambahan menerusi taktik-taktik licik.

"Sebagai contoh, salah satu bentuk penipuan yang paling kerap berlaku di Brunei ialah mencuri identiti di mana seseorang individu menggunakan butiran orang lain, atau malah memalsukan maklumat pekerjaan, untuk satu tujuan iaitu memohon mendapatkan kemudahan bank.

"Ia merupakan satu jenayah serius dan akan ditangani oleh jawatankuasa ini," jelas beliau.

Keasberry berkata, dalam keadaan demikian adalah penting untuk mewujudkan kesedaran di kalangan orang ramai supaya tidak mengambil mudah terhadap maklumat-maklumat pengenalan mereka.
 

Oleh Salawati Hj Yahya.

 

     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Jamalul Alam pada tarikh 8  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |

15:10:23

 

18-05-2010



 

ORANG HILANG

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer