MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

Ibu anak damit yang ditinggalkan dirayu tampil

 

http://www.mediapermata.com.bn/jumaat/28pic6.jpg
Anak damit perempuan yang kini dalam keadaan stabil di Unit Penjagaan Rapi RIPAS.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Anak damit lahir pra-matang yang ditemui di atas kerusi roda di tempat letak kereta bawah tanah hospital RIPAS yang pada masa ini sudah dalam keadaan stabil sangat memerlukan penyusuan ibunya.

Anak damit seberat 1.95 kilogram itu dilahirkan ketika kandungan baru berusia 34 minggu dan ketika ditemui kira-kira 3.50 pagi kelmarin, anak damit itu diselimuti dengan tuala dan masih mempunyai tali pusat ketika ditinggalkan.

Dalam sidang media hari ini, Dr Suresh Chandran dari Unit Neo-Natal meminta ibu kepada anak damit itu supaya datang ke hospital untuk menyusui anaknya memandangkan susu tepung biasa tidak sesuai untuk diberikan kepada anak damit yang tidak cukup bulan.

Ketika ditemui anak damit itu berada dalam keadaan sejuk dan sukar bernafas, anak damit itu telah dibawa ke unit kecemasan dan tali pusatnya dipotong sebelum dibawa ke unit penjagaan rapi untuk diberi bantuan pernafasan.

Katanya, ubat juga telah diberikan kepada anak damit itu untuk menstabilkan tekanan darahnya dan anak damit itu kini berada dalam keadaan stabil dan apa yang diperlukan sekarang ialah susu ibunya.

Sementara itu, ketua inspektor Halimah Haji Nayan dari Unit Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak mendedahkan statistik daripada unit berkenaan menunjukkan tahun ini sahaja, didapati tiga kes penemuan anak damit berbanding tahun lalu iaitu lima kes telah dicatatkan dengan dua anak damit yang masih hidup dan tiga telah meninggal dunia.

Bagaimanapun, katanya kes yang dicatat bukan angka yang sebenar disebabkan terdapat sesetengah orang yang tidak membuat laporan mengenai pembuangan anak atau gagal mengesan kes pembuangan anak.

Justeru, beliau menasihatkan ibu-bapa untuk sentiasa mengawasi aktiviti dan tingkah laku anak-anak mereka.

Oleh Rafidah Jumat



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS

 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer