MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

Gangguan SMS antara kes seminggu

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Sebanyak 23 kes curi dilaporkan berlaku di tempat berasingan dalam tempoh empat hari kebelakangan dengan sebahagian barang yang dilaporkan hilang termasuk telefon bimbit, dokumen penting, barang kemas, kabel elektrik, mata wang asing dan mata wang Brunei, kamera digital dan alat audio kereta.

Berhubung dengan kes curi ini, polis telah menangkap seorang wanita dan turut menyoal siasat tiga lelaki dan dua orang wanita. Polis turut menerima kehilangan sebuah kereta jenis Nissan Presea dengan pendaftaran BQ8153 yang diletakkan di kawasan Kampung Orang Kaya Besar Imas, Jalan Berakas pada 5 Jun lalu.

Kes lain yang diterima termasuk pemeriksaan perahu oleh polis marin, operasi sepadu, menjatuhkan maruah, pukul, tipu, pecah amanah, rosak barang, pekerja lari dari majikan, menceroboh, gangguan melalui perkhidmatan pesanan ringkas, akta buruh (gaji tidak dibayar), akta dadah dengan tangkapan tiga orang lelaki, akta kastam dengan tangkapan dua lelaki dan seorang wanita berhubung dengan penjualan minuman keras dan akta imigresen.

Polis turut merekodkan 33 kes kemalangan dengan seorang lelaki tempatan telah terkorban dan dua orang mendapat cedera ringan.

Dua belas kes berpunca dari kemalangan kereta dengan kereta dan 21 kes kemalangan sendiri dengan 21 kes berlaku di daerah Brunei Muara, tujuh di daerah Belait dan lima kes berlaku di daerah Tutong.


Oleh Rafidah Jumat

 



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer