MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

Dua tangkapan dibuat dalam operasi sepadu


MASIN, Sabtu 15 Mei. - Satu operasi sepadu diadakan malam tadi yang diketuai oleh ASP Awang Mohamad Mezudy Afril bin Mohd. Mazlan dari Balai Polis Limau Manis di bawah naungan Daerah Polis Brunei dan Muara.

Operasi sepadu ini menggabungkan dan melibatkan empat buah agensi penguatkuasa undang-undang kerajaan iaitu dari Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Biro Kawalan Narkortik dan Bahagian Penguatkuasa Ugama.

Seramai 35 orang pegawai dari keempat buah agensi penguatkuasa undang-undang yang terlibat dalam operasi sepadu tersebut.


AGENSI Penguatkuasa Undang-undang semasa membuat pemeriksaan ke atas rumah-rumah sewa dan restoran-restoran di dalam kawasan Kampung Masin dan Kampung Pengkalan Batu dalam operasi sepadu.

Operasi sepadu ini tertumpu ke atas rumah-rumah sewa dan juga restoran-restoran di dalam kawasan Kampung Masin dan Kampung Pengkalan Batu.

Dua tangkapan telah dibuat dalam serbuan dan pemeriksaan yang dijalan secara mengejut di dua buah tempat yang sudah dikenal pasti oleh pihak agensi-agensi penguatkuasa undang-undang yang melibatkan kesalahan imigresen bagi kesalahan pas kerja mansuh dan tidak mempunyai dokumen yang sah.

Objektif operasi sepadu ini diadakan adalah bagi menunjukkan kerjasama di antara semua agensi-agensi penguatkuasa undang-undang kerajaan dalam membenteras kegiatan jenayah yang berlaku di negara ini.

Di samping itu juga dalam menangani aduan-aduan dari pihak ketua kampung serta orang ramai sebagai tanda sokongan dan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasa undang-undang dalam usaha untuk membenteras jenayah.

Operasi itu juga bertujuan bagi memastikan tiada ada berlakunya sebarang kesalahan undang-undang yang melibatkan kesalahan imigresen, penyalahgunaan atau menyimpan sebarang bahan terkawal serta mana-mana aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral.

(Berita dan Foto : Masri Osman)

 



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer