MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

Curi kabel: Dua diberkas   

 

http://mediapermata.com.bn/jumaat/11pic2.jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Kira-kira seminggu selepas berita mengenai kegiatan kecurian kabel elektrik di tiga kawasan di Kampung Jangsak, Kampung Tanjung Bunut dan Kampung Katok yang menyebabkan gangguan bekalan tenaga elektrik apabila enam substesen mengalami kecurian kabel, pegawai polis dari Balai Polis Muara berjaya menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terbabit dengan kecurian kabel.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Balai Polis Muara, pada 7 Jun lalu, kira-kira pukul 3.30 pagi, pegawai tugas-tugas khas dari Balai Polis Muara menahan dua orang lelaki tempatan berusia 19 dan 23 apabila polis menemui kabel-kabel elektrik yang dipercayai dicuri dalam kenderaan mereka di Kampung Mentiri.

Kenyataan menjelaskan bahawa pegawai polis berkenaan pada awalnya hendak memeriksa sebuah kenderaan yang mencurigakan diletakan di kawasan sebuah kedai runcit di Kampung Mentiri dan apabila didekati, kenderaan itu terus memecut dan kejar-mengejar berlaku. Pegawai Polis yang bertugas berjaya menahan kenderaan itu dan setelah memeriksanya, mendapati wayar kabel elektrik, Cable lugs dan cable glands di dalam but kenderaan.

Kedua-kedua lelaki itu di bawa ke Balai Polis Muara bagi siasatan lanjut dengan barang-barang kabel elektrik berkenaan didapati di curi dari substesen elektrik no.9, Tapak Perindustrian Lambak Kanan. Kedua-dua lelaki itu akan dituduh di bawah Seksyen 379, Kanun Keseksaan.
 

Oleh Sim Y. H.


 



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS

 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer