MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

Curi dan kemalangan paling banyak dilaporkan


BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Polis dalam laporannya hari ini mencatatkan sebanyak 14 kes curi dilaporkan berlaku di tempat kediaman, bangunan, tempat membeli-belah dan kawasan letak kereta dalam tempoh tiga hari kebelakangan.

Sebahagian barang yang dilaporkan hilang termasuk televisyen, pemain CD, komputer riba, telefon bimbit, kamera digital, barang kemas, enjin perahu 40 kuasa kuda dan wang tunai dengan jumlah keseluruhan $2,137.

Turut dilaporkan ialah kehilangan sebuah kereta jenis Nissan Pulsar dengan pendaftaran KD7424 yang diletakkan di kawasan Kampung Baru, Seria.

Antara kes lain yang dilaporkan ialah rogol dengan tangkapan seorang lelaki tempatan berusia 18 tahun, pukul dengan tangkapan empat lelaki dan seorang wanita tempatan untuk siasatan, isteri keluar rumah, pembantu lari dari majikan, menjatuhkan maruah, rosak barang, pecah amanah dengan tangkapan seorang perempuan tempatan untuk siasatan, pengeluaran wang $1,450 melalui ATM tanpa pengetahuan pemiliknya dan wang palsu dalam mata wang China sebanyak empat keping bernilai $100.

Kesalahan di bawah akta pula membabitkan Akta Judi dengan tangkapan empat lelaki tempatan, Akta Dadah dengan tangkapan dua lelaki tempatan, Akta Kastam membabitkan tangkapan seorang lelaki warga asing atas kesalahan penyeludupan minyak diesel dan tangkapan seorang wanita tempatan berhubung dengan minuman keras dan Akta Imigresen.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 29 kes kemalangan dilaporkan dengan dua orang mendapat cedera ringan.

Sebanyak 12 kes membabitkan kemalangan kereta dengan kereta, 16 kemalangan sendiri dan satu kemalangan kereta dengan motosikal.

Daerah Brunei dan Muara merekodkan 14 kes, daerah Belait (9) dan daerah Tutong enam kes.

Oleh Rafidah Jumat

 

 

10-06-2010



 

 

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer